Friday, June 29, 2007

APC

Assalamualaikum / Good Day.....
Setelah berkhidmat dalam bidang pendidikan selama lebih kurang 28 tahun, semalam Khamis, 28 Jun 2007, aku baru dapat merasai penghargaan yang diberikan padaku. Walaupun Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) ini agak lewat bagiku, namun aku tetap bersyukur kehadrat ILLAHI. Pengorbananku selama ini dimakbulkan ALLAH. Keikhlasan bekerja dan komitmen yang aku berikan selama ini hanya dilihat oleh Boss aku yang terbaharu ini, Pn Hjh Jamnah bt Saad. Terima kasih Kak Jam.

APC merupakan penghargaan dan pengiktirafan Kementerian Pelajaran terhadap kewibawaan guru. Kecemerlangan dalam empat kriteria disenaraikan bagai memenuhi pencalonan anugerah iaitu perkhidmatan cemerlang sebagai guru bilik darjah, sumbangan cemerlang kepada profesion perguruan dan pendidikan, penglibatan aktif dalam kegiatan luar bilik darjah dan khidmat masyarakat dan kecemerlangan dalam bidang-bidang lain.

Aku sebenarnya tidak mengarapkan apa-apa balasan atau ganjaran di atas apa yang telah aku lakukan, TERIMA KASIH sahaja pun sudah memadai.Wang ringgit bukanlah segalanya. Mungkin aku bukan jenis orang yang terlalu 'ambitious' dan 'kebendaan' kot? Entah lah.... ada juga manusia yang aku lihat berulang kali naik pentas berselang tahun, menerima APC bukan kerana cemerlangnya berkhidmat tetapi kerana cemerlangnya mengipas dan membodek. Aku tak mau komen tentang tu...yang aku tau, aku ikhlas dan menjalankan tugasku dengan baik. Kesempurnaan pastinya tidak mungkin kerana "Nobody is perfect".

Aku sendiri telah lama berkhidmat dan turut menyumbangkan tenaga serta buah fikiran dalam pelbagai bidang pendidikan terutamanya Bahasa Inggeris (BI) dan Pendidikan Seni Visual(PSV). Membantu PPD, JPN, PPK, BBT, LPM, KPM sebagai Kakitangan Sumber, Jurulatih Utama (JU), SU PSV Negeri, Panel Hakim, Panel Penilai Buku Teks, Panel Penggubal Modul BI &PSV, Panel Penggubal Kurikulum, Panel Pembinaan Item dll. Bukan bermegah diri cuma kekadang kecewa kerana pengorbanan ini dipandang sepi oleh segelintir teman dan pentadbir yang hanya melihat mereka yang berada disekeliling yang sentiasa menghurung dan mengimpit agar dilihat menjalankan tugas walhal sumbangannya tak seberapa.

Aku yang sering dijemput oleh pihak-pihak di atas dianggap keluar tanpa memberi sumbangan kepada 'core bussiness' ku iaitu mendidik. Mereka gagal melihat sumbanganku secara global dan kebangsaan. Sumbangan kepada anak bangsa yang menyeluruh.

Tidakkah sebagai panel menyiapkan modul untuk kegunaan semua pelajar diseluruh negara itu satu khidmat yang mulia? Adakah menjadi Jurulatih Utama tidak berkhidmat untuk profesion itu sendiri?

Kadang-kadang aku menjadi bingung, tapi aku tetap dengan pendirianku bahawa ALLAH jua yang terbaik atau ALHUSNA seperti antaranya, ALJABBAR (MAHA PERKASA), ALMUTTAKABIRU (MAHA MEGAH) , AR RAZZAK (MAHA PEMBERI REZKI), ALHAKKAM (MAHA MENETAPKAN HUKUM)....

Lalu apa lagi yang kita perlu pertikaikan? Segalanya aku serahkan kepada ALLAH..

Buat teman istimewa..

Beib amat bersyukur kerana dapat...

berkhidmat untuk agama, bangsa dan negar A
walaupun tidak mengharapkan penghargaa N
namun ada insan yang tah U

segala komitmen dan apa yang aku sumban G

Oleh itu, De E

bersabarlah, jangan kau gusa R

tiba masa ALLAH akan buk A

pintu rahmat dan juga rezeki melimpah rua H

Saturday, June 23, 2007

Sirih di siling

daun sirih menjalar di siling garaj
Assalamualaikum / Good Day.....
Dah seminggu tak masuk entry, sibuk sesangat. Macam macam aktiviti/program dalam seminggu ni:
Mesyuarat Pengurusan
Perasmian Hari Koperasi Sekolah (19 Jun 2007)
Kem Kecemerlangan (21-23 Jun di Pusat Penerangan KETENGAH, Pengkalan Gawi, Tasik Kenyir) - Terima kasih kepada KETENGAH dan En. Mukhtar bin Che Ali, Pengurus Pelancongan dan Pembangunan Tasik Kenyir.
dan tadi Majlis Persaraan seorang sahabat, Tn. Hj. Razali bin Yusof, di Gem Beach Resort. Semuanya perlu dihadiri dan terlibat secara langsung, semua merupakan pengalaman, semuanya menambahkan ilmu... Aku gemar keterlibatan (positif) dan keilmuan.
Dalam pada sibuk-sibuk tu aku terpandang pokok sirih atau betel , yang aku tanam hampir 4 tahun yang lalu di tepi garaj sebelah rumahku. Uh! dah besar rupanya dan menjalar ke siling garaj pulak tu.
Sirih menjalar di trellis
Unik juga pokok sirih ni seunik kegunaanya.
Aku terbaca sebuah buku yang ditulis oleh dr. Rini Damayanti Moeljanto,dipl.CN Mulyono berjudul Khasiat dan Manfaat Daun Sirih Obat Mujarab dari Masa ke Masa,2005.
Banyak informasi yang ada dalam buku ini berkaitan dengan sirih. Rupanya sirih ini merupakan salah satu tanaman ubat yang telah dimanfaatkan bangsa-bangsa di Asia Tenggara sejak zaman neolitik, 3,000 tahun yang lampau. Selain sebagai ubat, sirih juga digunakan dlam berbagai ritual adat dan keagamaan.

menjalar di planter's box
Sirih (Piper betle) adalah sejenis tumbuhan memanjat yang tergolong dalam famili Piperaceae. Menarik sekali dalam Wikipedia dinyatakan bahawa The Betel plant originated in Malaysia and now grows in India, Indonesia and Sri Lanka. Jarang kita jumpa tanaman yang betul-betul asli dari Malaysia. Tapi dalam buku ini penulisnya menyatakan asal usul tumbuhan ini tidak diketahui dengan pasti. Beliau menyebut bahawa tradisi makan sirih, berdasarkan catatan perjalanan Marco Polo, kemungkinan besar berasal dari kepulauan Indonesia tanpa menafikan India sebagai salah satu puncanya.
Walau apa pun sirih kini bukan lagi satu makanan yang digemari oleh orang Melayu khususnya. Jika dulu makan sirih adalah budaya 'pembuka bicara' kini ianya hanya digunakan dalam perubatan tradisional sahaja selain dijadikan produk komersial berbentuk jamu yang kebanyakkannya dipasarkan oleh syarikat-syarikat dari Indonesia.
Banyak khasiat sirih yang boleh dimanfaatkan dengan campuran bahan-bahan yang tertentu antaranya sebagai ubat asma, asma bronchitis, batuk, batuk darah,batuk lendir, batuk dan sesak nafas, beri-beri, bisul, demam dan sakit kepala, sakit mata, jerawat, keputihan, kudis, luka, menghilangkan bau badan atau bau nafas, sakit gigi, menurunkan kolesterol dll.
Seingat aku, makan sirih mengembalikan aku ke tahun 1970 semasa aku berdepan dengan Tok Mudim dan di tahun 1985 bila tepak sirihku diterima oleh bakal Pak Mentuaku.

Beib teringat...
sirih digunakan dalam majli S
berkhatan, peminangan, perkahwinan dan acara tradis I
kini dibimbangi mengakibatkan kanse R
adakah akibat makan sirih? belum past I
pun begitu, sirih tetap tumbuhan yang ga H

Friday, June 15, 2007

Laman Nyaman - updated

Pandangan dari ruang tamu
Assalamualaikum / Good Day.....

Bila aku balik dari perasmian surau petang semalam(Khamis) rasa gembira dan puas masih membara kerana sebuah lagi RUMAH ALLAH berjaya ditegakkan. Moga dapat diimarahkan disamping menguatkan keimanan kita kepada ILAHI.
Sesampai di rumah, aku teruja bila mendapati 'gateway'(pintu gerbang) laman ku dah mula menampakkan bentuknya. Kerangka struktur bumbung 'gateway' dengan tulang perabung, tulang bumbung, alang pendek, alang panjang, alang muda, kasau jantan, kasau betina,tunjuk langit (naga-naga) dan gulung-gulung dah mula dibina.
Memasang tulang perabung
Minggu depan rasanya atap genting senggora boleh diletakkan dan pintu dua daun dipasang. Peleh/ Pilis dan tebar layar akan mencantikkan bumbung 'gateway'.
Deck mengunjur ke atas air
'Stream' dah diisikan air untuk memastikan tiada kebocoran...Tak sabar rasanya nak menikmati semua elemen landskap ni...
Beib amat percaya semua orang maukan sesuatu yang...

bermakna pada dir I
terkesa N
kenikmatan tanpa ha D
kemewahan paling optim A
namun, ingatlah diakhirnya kita kembali pada ALLA H

Thursday, June 14, 2007

Pasaipa hantaq kat aku?

Risalah yang menyesatkan
Assalamualaikum / Good Day.....

Ni aku baru dapat melalui pos tengahari tadi. Cop pada sampul bertarikh 10 Jun 2007 dipos dari Pejabat Pos Sungei Petani, Kedah.
Apahal pulak nak pujuk aku buat benda-benda yang khurafat, berdosa dan syirik ni? Aku baru balik dari Perasmian Surau kemudian seronok tengok 'gateway' dah 'halfway' nak siap, bila buka peti pos ada riSALAH/ flyer/ pamphlet ni pulak, nak suruh sesiapa yang bermasalah pergi jumpa TOK GURU (sebenarnya Tokca@ Tok Sami). Perkataan TOK GURU tu amat mengelirukan. Lihatlah apa yang tertera dalam riSALAH tu:
Muka depan:
WAT PHRA THAT BANGPUEN (rujuk foto di atas)
Muka belakang:
Gambar slip nombor ekor/ 4D TOTO ( aku taipkan semula supaya dapat dibaca tapi JANGAN diikut)



Siap alamat dan nombor telefon lagi

(dekat Kampung KakJie tu heheh...)

"Saya Omar berumur 58 dari Pahang, saya bekerja di sebuah kilang selama 10 tahun tetapi kewangan saya masih tidak dapat menanggung sebarang perbelanjaan keluarga saya. Malangnya kilang berhutang bank banyak duit, dan terpaksa tutup kilang. Sekarang saya betul-betul menghadapi masalah kesempitan wang. Pada suatu hari saya terima riSALAH ini di peti surat rumah saya, isinya mengatakan bahawa boleh membantu penganut-penganut mengubah nasib saya terus menelefon TOK GURU tanpa memikir lagi, TOK GURU cuba sedaya upaya mengubah nasib saya, lepas itu TOK GURU beri nombor ramalan bertuah kepada saya. Akhirnya, nombor ramalan yang diberi oleh TOK GURU betul-betul buka hadiah pertama. Kehidupan saya sekarang begitu selesa dan bagus. Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada TOK GURU ke atas pertolongan beliau. Saya menderma sebahagian duit kepada TOK GURU dan juga mendermakan sebanyak 300 keping risalah kepada orang-orang yang memerlukannya.

Jika anda sering dibelenggu oleh keadaan hidup yang tidak baik. Kini anda tidak perlu risau atau gusar lagi. TOK GURU akan memberi pertunjukan kepada anda. Ingin menyelesaikan masalah. Hubungi.".....(rujuk foto riSALAH)

Tolong jangan anggap bahawa penulisan semula ini adalah untuk memujuk anda terlibat dengan perkara songsang ini. Ia hanya sebagai peringatan dan pemberitahuan bahawa riSALAH ini hanya menyesatkan...Dengan struktur ayat, ejaan serta tatabahasa yang cacamarba, kita cuba dipengaruhi ke arah jalan yang sesat dan menyesatkan.

Penggunaan nama Omar, kita sedia maklum membayangkan anutan agamanya Islam, serta kaitan dengan nama salah seorang Khalifah Al Rasyidin, memang mengaibkan. Perkataan TOK GURU juga yang selalunya mencerminkan alim ulama, ustaz,mufti,khadi, muhaddith, mutakallimun serta cendekiawan Islam telah disalahgunakan secara terang terangan. Apa tindakan kita?

Yang hairannya "pasaipa dia depa hantaq kat aku?" Aku orang Islam laa....nama aku jelas ala-ala Arab dan Islamik. Aku pasti nama dan alamat aku diambil dari buku panduan telefon sebab itulah yang didaftarkan pada tahun 1990 dulu.

Kepada anda, jangan terkejut jika menerima riSALAH ini dan minta abaikan saja.Ingatlah firman ALLAH yang bermaksud:

Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak, dan judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya.

(Surah Al-Maaidah, Ayat 90)

Sesungguhnya Syaitan itu hanyalah bermaksud mahu menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu dengan sebab arak dan judi, dan mahu memalingkan kamu daripada mengingati Allah dan daripada mengerjakan sembahyang. Oleh itu, mahukah kamu berhenti (daripada melakukan perkara-perkara yang keji dan kotor itu atau kamu masih berdegil)?

(Surah Al-Maaidah, Ayat 91)

Aku cuma nak kongsi pengalaman......Moga beroleh manfaat.

Beib berharap kita tidak....

terlibat dengan judi nombor ekor 4 D

atau dengan TOT O

kerana ia buat menghabiskan bera S

akhirnya kita papa kedan A

Monday, June 11, 2007

Laman Nyaman - Transformation - updated

Blogging on the deck
Assalamualaikum / Good Day.....

It has been a week since I last made my entry. Quite busy lately but all has been well and swell.
Just like to share the joy and excitement of being able to see the transformation of my dream neo tropical/nusantara garden and landscape....
Deck, water feature (stream) and pergola that has been constructed without destroying the attractive creepers that has been slithering on the wall for the past 5 years...
The project is about 80 percent complete. Hope it will be ready by August 2007....

Beib discloses that...

It has been so lon G
since I mooted the ide A
of having a lai R
and thank GO D
it's a dream come tru E
now.... I am a happy ma N

Tuesday, June 5, 2007

In memory of PAK

Assalamualaikum / Good Day.....
It has been quite a busy week eventho i'm still on holiday , but not really...lots of things to be settled...am i contradicting myself? With Kenduri kahwin almost every day during the week and death certainly heads the news, the memory of Pak lingers....
My dad, Hj. Rejab bin Man, 78, whom i passionately refer to as, 'Pak", passed away in an accident way back on March 8, 2004. It has been 3 years and 3 months now. My mind is still haunted by his sudden death.
In his death certificate it was stated as MVA (Motor Vehicle Accident).
A teenage kid on his brother's motorbike without licence, without roadtax, no helmet, with no lights on riding like mad, rammed into Pak. It was dusk and Pak was cycling home from my sister's place for his Maghrib prayers. He suffered concussion and breath his last at about midnight without gaining consciousness.
A police report has been made but unfortunately to date nothing transpire.
He has been a very good dad to us and a very caring husband to my mum. He will be forever remembered for his good deeds.
My heart pounds harder when the thought of his death creeps in. William Wallace (Mel Gibson in Braveheart,1995) said, We need to have the courage to face fear.
He reiterated that
Every man dies, not every man really lives.

Pak...kembalimu kepangkuan Illahi diredhai oleh kami..
اِذَا مَاتَ اْلاِنْسَـان اِنـْقـَطَعَ عَنْهُ عَمَلُهُ اِلاَّ مِنْ ثَلاَثَةٍ : صَدَقَـةٍ جَارِيَةٍ ، اَوْعِلْمٍ
يـُنـْتـَفَعُ بـِهِ ، أوْوَلـَدٍ صَالحٍ يـَدْعُـوْلَهُ
Sabda Nabi, "Bila seseorang meninggal dunia, maka putuslah segala amalnya kecuali tiga perkara; sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan anak saleh yang mendoakan kedua orang tuanya" (Diriwayatkan oleh Muslim)

Sesungguhnya ALLAH lebih mengasihimu. Al Quran kesayangan milikmu yang mencatatkan 177 kali khatam membuatkan kami, anak-anakmu berasa amat terharu dan percaya ALLAH menerimamu dalam keredaanNYA.

Tenanglah kau disana...

Beib sentiasa berdoa agar Pak....

diterima ALLAH dan di tempatkan di SYURG A
dengan ayat AlQuran yang telah kau khata M
serta amalan saleh semasa di duni A
aku yakin kau kembali dengan ima N
al Fatihah....

Friday, June 1, 2007

Out of this world...

Assalamualaikum / Good Day.....

Pagi tadi aku terima satu sms dari kenalanku... SMSnya ringkas tetapi mengejutkan.
"suami cg norliati meninggal dunia petang semalam d kl. kanser. kebumi jam 11 pg".
Jam ditangan menunjukkan pukul 9.05 pg. Aku harus pergi menziarahi arwah dan keluarganya kerana dah lama aku tak bersua muka dengan mereka. Balu arwah merupakan staffmate aku semasa aku bertugas ditempat lama, 5 tahun yang lalu. Arwah suaminya adalah staffmate abang iparku pula.
Sesampai di kediaman arwah pada jam 10.15 pg, jenazahnya telah diangkat masuk ke dalam kereta jenazah untuk dibawa ke tanah perkuburan Jeram,KT. Aku hanya sempat sedekahkan ALFATIHAH tetapi tidak sempat menatap wajahnya, cuma berpeluang bersua dengan balu serta anak-anak arwah sambil mengucapkan takziah.
Hening sungguh suasana di pagi tersebut.
Dari kenalan yang kutemui, mereka mengatakan bahawa arwah menderita kanser usus (stomach cancer) sejak beberapa bulan kebelakangan ini dan telah menjalani pembedahan di Hospital Ampang Puteri, KL... Kanser yang dihidapinya dah sampai keperingkat kritikal yang menyebabkan arwah tak mampu diselamatkan lagi...
Walau apapun, sesungguhnya ALLAH lebih mengasihinya.
Dalam perjalanan balik pada jam 11.15pg, aku sempat singgah menikmati sarapan roti canai dan milo disebuah kedai makan dan terpaku dengan papantanda yang menarik di situ.
Lalu aku membuat kesimpulan bahawa ia mungkin ada kaitan dengan artis Raja SMS . Walau apapun, ia menginsafkan aku bahawa, aku telah menziarahi seorang Hamba Allah yang telah meninggalkan WORLD ini dan kembali kepangkuanNYA di WORLD yang lain...alam barzah. Sesungguhnya,
DUNIA INI HANYA PINJAM PINJAMAN JUA....


Beib insaf....

It's ALLAH's la W
like it or not, human have to g O
and will be judged hereafte R
for all the good and evi L
that they have committed on HIS lan D