Sunday, January 20, 2008

Tanah Tinggi

Bersama Zolphin membincangkan aturcara
Assalamualaikum / Good Day.....
Mesyuarat JK JU Seni Visual yang diadakan baru-baru ini telah bersetuju untuk mengadakan satu mesyuarat dan sesi perbengkelan bahan di Cameron Highlands(CH).
Selaku S/U, aku turut gembira kerana dapat bersama lebih kurang 30 orang rakan-rakan seni selama 3 hari berkampung di sana.
CH pernah aku lawati beberapa kali dan rasa teruja tetap ada bila menyebut tentangnya.
Entah kenapa, suasana dan environmen di sana begitu hening sekali bagiku.
Harapanku agar keheningan dan kedinginannya masih kekal.
Kali terakhir aku ke sana bersama famili ialah dua tahun dahulu.
Masih dinginkah lagi? Adakah kehijauan dan kesegaran tetap kekal? Gembirakah aku ke sana nanti?
Nak tengok juga Gunung Brinchang (2,031m), adakah masih berdiri gagah atau telah ditarah oleh manusia yang tidak bertanggunjawab.
Masih hijaukah Ladang Teh di Sungai Palas?
Segarkah lagi bunga dan sayuran di Kea Farm?
Adakah pekan-pekan seperti Ringlet, diikuti oleh Tanah Rata, Brinchang, Kea Farm, Blue Valley,Tringkap, Kuala Terla and Kampong Raja masih rustic dan laid back seperti dulu?
Aku juga ingin menikmati lebuh raya baru sepanjang 260km bernilai RM316 juta, yang menghubungkan Kuala Berang di Hulu Terengganu dengan Simpang Pulai dekat Ipoh yang dikatakan ada jejambat bagi binatang menyeberangi lebuhraya. Huh! hebat.
Zolphin, sahabatku, yang telah melalui lebuh raya ini bulan lepas menyatakan bahawa keindahan alam semula jadi di sepanjang lebuh raya ini menakjubkan.
Moga perjalanan kami dari 31 Januari - 2 Februari 2008, selamat dan berjaya serta memberi manfaat kepada pendidik dan anak didik dalam bidang Seni Visual dan Muzik.
Beib kepingin untuk menikmati...
alam semulajadi yang membuat kita rasa segar dan sihat T
melawat pelbagai tempat menarik termasuk Rose Centr E
merehatkan minda, menghilangkan lela H

Thursday, January 17, 2008

TENPINBOWL

Sakit juga jari aku ni
Assalamualaikum / Good Day.....
Dalam waktu senggang atau cuti, rasanya elok juga kalau kita luangkan sedikit waktu merasakan nikmat bermain.
Anak-anak aku, seperti anak-anak zaman kini yang lain, tak mau lagi main wau, congkak, batu seremban, guli atau gasing yang memerlukan perbelanjaan yang minima.
Bagi mereka, permainan yang popular di zaman aku dulu dah tak ada 'class'.
Lantaran itu, permainan mereka menjurus kepada yang bermodal besar dan 'high profile'. Huh! hebat bunyinya.
Oleh kerana ianya permainan baru bagi aku dan KakWan, kami temankan juga tiga orang anak dara kami tu.
Abang? Memerap kat rumah tengok bola keranjang NBA. Apa kata orang, minat sejak azali...?
Ok lah, permainan yang aku nak tonjolkan di sini ialah boling.
Bowling is a sport in which players attempt to score points by rolling a bowling ball along a flat surface in order to knock down objects called pins.(wikipedia)

Tolong jangan tanya score aku

KakWan pun nak cuba juga. Asyik menggolek bola masuk 'gutter' je..

Berat bola dari Adeq

Acik menang sengih ajer..
Konon ceritanya, orang Mesir purba yang memulakan permainan ini.
Kenapa dipanggil boling? Entahlah, yang aku tahu bowl bermaksud mangkuk.
Jangan mangkok hayun dahla....
Boling memerlukan tempat khas.
Lorong yang dibuat dari kayu atau sintetik (polyurethane) diperlukan untuk menggolek bola dengan tujuan untuk mendapat mata secara menjatuhkan sebanyak pin yang mungkin.
Lorong-lorong khas ini dibina di dalam tempat tertutup seperti dewan yang dinamakan arked.


Qaqaq kerap juga meng 'gutter' kan bola
Apa pulak pin?
Pin yang dimaksudkan ini bukanlah yang digunakan untuk menyemat kain, kertas, bahan atau objek objek lain. Tidak juga AYAH PIN!
Pin ini beratnya tidak kurang dari 1.47 kg -1.64 kg. Kelihatan seperti botol coca cola.
Susah la nak terangkan benda ni. Rujuk saja kat wikipedia. Klik kat sini.
Tempat yang kami tujui untuk bermain boling ialah TERENGGANU EQUESTRIAN RESORT atau TER yang terletak di Kuala Ibai lebih kurang 20km dari rumah kami.
Ianya merupakan sebuah kompleks permainan dalaman (indoor) dan pusat ekuestrian yang baru setahun dibuka.
Sempena Tahun Melawat Terengganu 2008 datanglah jenguk sendiri kemudahan yang ada.
Barulah kali ini aku dengar dan kenal istilah boling seperti strike, spare, frame, double dan perfect game.
Istilah yang paling menarik yang aku baca mengenai boling ialah TRIOS dalam pertandingan boling anjuran WTBA World Championships.
TRIOS adalah kategori tiga orang sepasukan.
Lebih menarik lagi, kereta kesayangan aku bernombor plet mengujakan...
Ada pemain boling pro yang berminat dengan nombor plet ni..? hehehe..

Acik dan Adeq dalam boot kereta kesayangan aku TRIOS


Beib minat juga bermain...
kerana ia mengelakkan kita menjadi lemba B
menguatkan otot, menambahkan mach O
menjadikan badan, anjal dan peja L
meningkatkan kecergasan dan penampilan dir I
samada di padang, gelanggang atau tama N
hidup ceria, mental tenan G

Tuesday, January 15, 2008

BBQ

Assalamualaikum / Good Day.....
Merehatkan minda memberi banyak manfaat. Pelbagai aktiviti boleh dilakukan tanpa mengerahkan keringat dan memerah otak yang banyak. BBQ adalah salah satu daripadanya.
Ianya menyeronokkan, juga mengajar kita erti kesabaran dan kerjasama.
Ada nilai atau sifat-sifat positif lain yang boleh kita terapkan secara langsung atau tidak langsung.
Selain dari mengeratkan silaturahim antara anak beranak, ia juga melahirkan kemesraan dan keintiman suami isteri.
Dengan ruang dan peluang yang ada, kami sefamili ber BBQ di LamaNyaman meraikan Tahun Baru 2008, Perisyhtiharan KT sebagai Bandaraya Warisan Persisir Air dan Maal Hijrah @ Awal Muharram.
Ini juga merupakan aktiviti keluarga bersama sebelum Abang dan Qaqaq balik ke kampus masing-masing di KL bagi meneruskan pengajian.
'BBQ grill' menggunakan arang kayu
Adeq menghidangkan air, sopan gadis Melayu gitu
Kak Wan dan Qaqaq sibuk 'grilling'Adeq, Qaqaq dan Papa mengipas api arang
siap posing lagi

Daging ayam yang menyelerakan

Abang dan Adeq menjamu selera

Seronok juga melayan karenah anak-anak ni...

Beib suka....
daging bakar atau panggan G
letakkan sos tomyam yang cai R
samada sos tomato atau cil I
cicah atau gau L
makan sekadarnya dan pastikan hala L

Thursday, January 10, 2008

TEN JAN

Kak Wan dengan senyuman menawan
Assalamualaikum / Good Day.....

Diam tak diam dah masuk sepuluh hari dalam tahun 2008. Begitu pantas masa berlalu. Terasa macam semalam baru menyambut tahun baru 2008 dan meraikan perisytiharan KT sebagai Bandaraya Warisan Persisir Air.
Adeq dan Acik beria-ia nak adakan majlis ringkas di rumah. Tak boleh tidak mesti kena buat juga.
Adeq asyik sibuk nak ajak belikan itu dan ini. Oleh kerana hari ini hari cuti Awal Muharam, aku layanlah Adeq. Kami keluar ke kedai kek berhampiran rumah mencari kek cokelat setengah kilo.
Tapi nak buat apa dengan kek tu?
Nak raikan tahun baru 2008? Dah lepas dah..
Nak rayakan perisytiharan KT sebagai Bandaraya? Dah selesai..
Hmm...sebenarnya mereka nak meraikan hari lahir Mama mereka.
Hari ni, 10 Januari ialah hari lahir KakWan.
Dah nak masuk kategori warga emas dah...hehehe..
Aku sendiri pun tak tau nak hadiahkan apa kat dia.
Cuma yang sempat aku hadiahkan ialah ucapan Selamat Hari Lahir @ Happy Birthday awal pagi tadi.
Semoga isteriku sihat, selamat, sejahtera, bahagia dan dilindungi ALLAH sepanjang masa.
Aku juga sempat selitkan sampul surat berisikan sesuatu padanya.
Moga dihargai dan dipergunakan sebaik mungkin.
Selesai majlis ringkas dan jamuan kek, aku terpaksa berkemas untuk menghadiri satu mesyuarat bersama LPM.
Nampaknya majlis makan malam meraikan 'birthday girl' akan berlangsung selepas aku kembali dari Putrajaya nanti.
Beib doakan ...
ALLAH rahmati isteriku siang dan mala M
sentiasa selamat, bahagia dan sejahter A
dijauhi penyakit, pening dan dema M
panjang umur, beriman dan bertaqw A

Friday, January 4, 2008

Jengkel Jelik

Amati kapsion yang tertera
Assalamualaikum / Good Day.....
Terkedu melihat gelagat segolongan anak muda KT sebagaimana yang disiarkan dalam beberapa blog dua tiga hari ini.
Aku sendiri rasa malu dan kalau boleh tak mahu memaparkan foto-foto mereka yang menjelik dan menjengkelkan itu.
Memaparkan foto aksi mereka akan menjadi satu iklan mempromosi kumpulan mereka pulak.
Biarlah aku paparkan satu sahaja agar tak membazir ruang blog aku. Ini pun hanya sebagai maklumat dan pengajaran. Yang lain-lain anda boleh tengok dan baca komen di sini dan di sini.( dengan izin).
Apa sebenarnya yang hendak dicari dan dibuktikan?
Populariti? Tak nampak ada bakat pun... Nak tunjukkan kemewahan? Apa buktinya?
Nak tonjolkan 'glamour'? huh...lihat wajah dan pakaian masing-masing.
Nak menampakkan berilmu? jauh sekali..
Ini bukan pandangan menghina, cuma sedang menyoal diri apa sebenarnya yang dicari oleh puak-puak ini.
Cara dan gaya berpakaian nampaknya mereka macam dari kumpulan Punk. Bukan Skinheads atau Gothic .
Salah satu maksud Punk ialah A worthless person (Orang tak berguna). wiktionary.
Mungkin juga. Penampilan mereka pun seolah-olah cuba menjadi golongan modern primitive.
Di Barat, kumpulan seperti ini wujud kerana cuba menjadi penentang atau anti establishment. Ini bermula pada pertengahan 70'an di USA, UK dan Australia.
Seorang penulis, V.Vale, pernah menyatakan bahawa Punk was a total cultural revolt.
Memang, mereka ini mungkin cuba memberontak tapi ini bukan caranya. Agama dan budaya Melayu Islam tidak merelakan ini berlaku.
Apa pendapat anda?
Sedang anak-anak bangsa lain berlumba-lumba mencari ilmu di samping mengejar kejayaan dan kekayaan, anak-anak muda kita pula mengejar publisiti dan glamour yang menjatuhkan maruah agama, bangsa, keluarga dan diri.
Maka janganlah hairan jika pendatang asing dari Bangladesh, Indonesia, Myanmar, Vietnam dan benua Afrika kian hari, kian ramai bertandang ke KT.
Mereka ingin memenuhi lompang rezeki yang ditinggalkan oleh anak-anak muda seperti ini yang cuma mau hidup dalam dunia hedonisme mereka.
Tahun Baru 2008 dan perisytiharan KT sebagai Bandaraya Warisan Persisir Air telah membuka lembaran baru dalam budaya nihilisme dan hedonisme ini.
Mereka sebenarnya sudah kehilangan jatidiri.
Ke manakah perginya warisan?....
Ya ALLAH....Jauhilah budaya ini dari anak cucuku...
Beib bertanya ...
apa lagi yang hendak dihara P
jika anak-anak muda ini tiada ilm U
maka hilanglah ima N
lenyaplah genggaman ekonomi dan politi K

Tuesday, January 1, 2008

tuzerozeroeit

Assalamualaikum / Good Day.....

Tahun baru 2008 disambut sederhana tapi meriah di KT. Ketibaan 2008 menjanjikan pelbagai peristiwa menarik di Terengganu sepanjang tahun.

1 Januari 2008 merupakan hari diisyhtiharkan Majlis Bandaraya KT (MBKT), Bandaraya Warisan Persisir Air.

Penduduknya yang seramai 357,256 dan lokasinya di muara Sungai Terengganu serta berhadapan dengan Laut China Selatan menjadikan KT sebuah bandaraya yang unik.

Di muara sungai ini jugalah sejak tahun 2005, Piala Monsoon @ Monsoon Cup pertandingan perahu layar bertaraf dunia, diadakan.

Majlis pengisyhtiharan MBKT dijalankan serentak dengan Pelancaran Kempen Tahun Melawat Terengganu 2008 di Dataran Syahbandar, KT.
Jangan lupa, SUKMA XII Terengganu juga akan diadakan mulai 31 Mei hingga 9 Jun.

Warga KT turut sajikan dengan pelbagai persembahan termasuk pertunjukan bunga api, kereta berhias dan konsert.
Tapi aku di mana waktu itu?

Bersama Kak Wan, Acik dan Adeq di terminal bas Transnasional, Gong Badak menghantar Qaqaq balik ke kampusnya di KL setelah hampir lima minggu bercuti.
Hujan yang turun tak berhenti sejak awal pagi turut membantutkan rancangan kami untuk menyaksikan persembahan dan pertunjukan di bandaraya KT, selain dari jangkaan akan berlaku 'jam' yang teruk. Ini kena refer kat mad redo1.
Walau pun tidak turut serta secara langsung, kami masih dapat melihat pertunjukan bunga api dari jauh.

Nak tengok foto-foto lain perarakan dan bunga api sila mampir kesini (dengan izin mad redo1..heheh)
Beib turut gembira dan bangga menjadi warga Bandaraya...
Warisan Persisir Air yang uni K
moga rakyatnya aman dan selama T

Monday, December 31, 2007

Menanti duakosongkosonglapan

Assalamualaikum / Good Day.....
Hari terakhir tahun 2007 terasa macam biasa aja. Bagi aku, tidak ada apa yang menarik melainkan perubahan masa yang sentiasa akan berlaku selagi dunia wujud. Mungkin bagi setengah orang ianya satu yang amat dinantikan. Sesuatu yang amat bermakna, dengan resolusi atau azam yang menggegarkan. Buat lah tekad atau janji semaunya.
Yang penting, pengisian hari-hari yang ditempuhi. Bermaknakah setiap hari yang kita lalui? Sebaik manakah hayat kita digunakan dan adakah ia bermanfaat?
Susah juga nak menilai hari-hari yang telah dan akan kita tempuhi. Walau apa pun, kita mesti lalui selagi hayat dikandung badan. Segala yang lain adalah ketentuan ALLAH.
Seperti yang disebut orang, "Kita hanya merancang, ALLAH jua yang menentukan dan ALLAH jua sebaik-baik penentu" .
Marilah kita hadapi setiap hari dengan penuh kesyukuran dan ketaqwaan.
Moga Dua Kosong Kosong Lapan membawa kita ke arah yang terbaik dalam segala segi dan bidang.
Beib turut gembira menyambut Tahun
2008 dengan penuh rasa tanggungjawa B
mengharapkan segal A
yang terbaik dengan rasa syuku R
kerana ALLAH ialah sebaik-baik penent U

Tuesday, December 25, 2007

Kenduri

Bersama anak saudara, Nur Fatirah, Mariani Hj Ishak pengantin perempuan(sepupu) dan adik bongsu aku Sony@ Habibullah
Assalamualaikum / Good Day.....
Letih memandu dari Anak Bukit, Kedah balik ke Gong Badak, KT tak hilang lagi. Dah beratus kali aku memandu selama 7 -8 jam berulang-alik dari kedua-dua destinasi tersebut. Ia umpama satu rutin yang tak akan berkehabisan selagi aku masih sayangkan kampungku.
Memandu berseorangan melalui lebuhraya timur barat memerlukan kudrat dan kekuatan mental yang agak tinggi.
Perjalanan selama 1jam 30 minit melintasi Banjaran Titiwangsa mengujakan tetapi merisaukan juga. Insiden-insiden yang tak terduga seperti yang pernah aku lalui dua bulan yang lalu turut menghantuiku. Minta dijauhkan ALLAH.
Alhamdulillah, perjalanan pergi dan balik kali ini bebas dari situasi yang membimbangkan. Kalau ada pun, cuma jalanraya yang rosak serta berlubang bermula dari Macang, Kelantan hingga ke Sungai Lebey berhampiran Grik, Perak.
Ada juga kejadian tanah runtuh di beberapa tempat sepanjang lebuhraya tersebut tetapi sudah dibersihkan oleh pihak yang berwajib.
Sebenarnya, kepulangan aku adalah untuk meraikan mak dan pak saudaraku yang mengadakan majlis kenduri kahwin anak mereka, Mariani pada Sabtu, 22 Disember 2007. Sepupu aku yang ini ialah anak bongsu mereka.
Majlis yang sederhana ini membolehkan aku menjalinkan silaturrahim dengan sanak saudara yang telah lama aku tinggalkan.
Seronok sebenarnya menghadiri majlis kenduri ni. Ramai kenalan dan taulan yang selama ini berjauhan dapat bersua muka jika mereka hadir.
Aku sebagai 'tukang menghidang' atau orang balai berada di khemah jemputan meraikan tetamu dan memastikan pinggan dan gelas minuman dikemaskan.
Kesempatan inilah membolehkan aku bertemu dengan tetamu yang hadir.

Dari kanan: tuan rumah Hj. Ishak @ pakcik Aq dan besannya

Penat juga melayan tetamu ni. Macam-macam karenah yang aku hadapi. Namun, muka mesti manis. Senyuman mesti diukir. Kan senyum itu sedekah?

Empat hari berada di kampung memang tidak puas. Masih banyak perkara yang tak sempat dibuat dan ramai saudara yang tak dapat diziarahi. Mungkin di lain masa.

Walau bagaimanapun, yang paling manis ialah dapat bertemu dengan satu famili yang sedang bercuti di Kedah buat pertama kalinya. Kunjungan mereka amat bermakna dalam merapatkan silaturrahim. Semoga mereka kembali dengan perasaan puas, gembira,bahagia serta membawa kenangan yang paling manis.

Beib turut....

merasa pua S
dapat meraikan tetam U
melayan dan berbora K
sambil menjamu seler A

Thursday, December 20, 2007

Korban

Assalamualaikum / Good Day.....
Terlebih dahulu diucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA (HRAA) kepada semua rakan blog dan pembaca budiman. Buat korban tak tahun ni?
Pagi tadi sesudah selesai mengerjakan solat sunat Aidil Adha, jemaah Surau Al Muttaqin, Gong Badak telah mengadakan majlis korban. Empat ekor lembu tumbang.
Seronok juga bersama-sama merebahkan lembu, menyembelih dan melapah serta memotong daging untuk diagih-agihkan kepada yang berhak.
Aku dilantik sebagai 'tukang tompok daging'. Tugasku ialah membahagikan daging lembu kepada tujuh bahagian. Selepas dilonggokkan, daging ditimbang dan diserahkan kepada mereka yang mengambil bahagian. Letih juga tugas ni.
Patutnya hari ini aku berada di Anak Bukit, Kedah sambut HRAA di sana, tapi oleh kerana Kak Wan turut menjalankan ibadat korban di sini maka aku akan balik kampung esok.
Ihsan: WikiMapia
Rumah Arwah Pak (Hj. Rejab bin Man)
Untuk gambar satelit yang lebih jelas sila klik sini
Itu pun bergantung kepada cuaca. Maklumat yang diterima dari kampung menyatakan air sungai Anak Bukit dan mula melimpah ke tebing.
Bukan kerana hujan sangat tetapi kerana air dari hulu yang mengalir dari selatan Siam.
Aku harap bah (banjir) tak melanda sedahsyat yang terjadi pada akhir tahun 2005 atau pada tahun 1986 dulu.
Walau apa pun, aku akan balik juga kerana mak saudara aku (makcik Bashah- adik Mak) nak mengadakan kenduri kahwin anak bongsunya pada hari Sabtu 22 Disember ni.
Itulah makcik aku yang sentiasa menjengok dan mengambil berat Mak semenjak Pak meninggal dunia. Kalau tak balik raikan majlis dia, tak sedap pulak rasanya.
Aku berharap perjalananku esok pagi selamat dan sejahtera.
Beib pun nak balik jengok ...
kampung dua tiga mala M
makan kenduri, jumpa saudara mar A
bertemu adik juga kaka K

Sunday, December 16, 2007

Tak dan nak layan Anak Penakan

Tengoklah anak penakan dengan gaya masing-masing
Assalamualaikum / Good Day.....
Apa yang nak ditulis kali ni? Kadang kadang bila dah sampai tahap tepu, hilang rasa keinginan untuk memasukkan entry baru. Idea pun kekadang menyembunyikan diri. Entahlah..
Anak-anak daraku sebenarnya dah pun balik dari menziarahi Tok mereka pada pagi Rabu lepas. Turut bersama ialah tiga orang sepupu mereka dari Anak Bukit. Riuh rendah dibuatnya.

Aku pula pada pagi yang sama terpaksa terbang ke Putrajaya untuk urusan rasmi kementerian selama tiga hari. Biasalah, urusan adhoc yang perlu diselesaikan dengan segera atas arahan Timbalan Ketua Pengarah.

Sekembali dari sana pada malam Sabtu, baru aku berpeluang bermesra dengan anak-anak saudara yang tiga orang tu. Itu pun tak lama kerana mereka terpaksa balik ke Kedah pada malamnya. Walaupun begitu, mereka telah dibawa melawat pelbagai tempat di sekitar KT dan menziarahi saudara mara disini.

Dari kiri: Acik, Qaqaq, Adeq, Muna, KakCik, KakLong

Moga mereka gembira berada di sini walaupun Pak Anjang tak sempat nak melayan mereka.






Beib harap lain kali mai la lagi ke....
rumah Pak Anjang di Gong Bada K
kita boleh bawa pergi melawat lain-lain tempa T

Friday, December 7, 2007

Cuti: Cucu-Cucu Cat Comel

3 anak daraku
Assalamualaikum / Good Day.....
Dah empat hari anak-anak dara aku yang 3 orang tu pergi menziarahi Tok mereka di Anak Bukit, Kedah. Terasa juga kesunyian kerana selama ini merekalah yang sentiasa riuh rendah kat rumah.
Qaqaq, Adeq dan Acik
Biasa lah cuti sekolah, mereka perlukan masa untuk pergi berlibur. Oleh kerana aku dan Kak Wan (KW) ada urusan kerja dan tidak berkesempatan membawa mereka pergi bercuti, maka inilah masanya untuk mereka melawat dan bersama Tok mereka.
Biasanya kalau aku yang 'out station' aku tak terasa macam ini kerana aku bersama rakan-rakan. Lagi pun, berada di tempat yang berbeza.
Tapi, bila berada di rumah dan melintasi bilik-bilik mereka serta mendapati mereka tiada, rindu pun menyelinap ke kalbu.
Yang ada di rumah hanya KW, Abang dan aku. Abang dengan PC dia dalam bilik selain dari mengadap TV. Cuma KW dan aku sahaja yang ke hulu dan ke hilir dalam rumah mengemas dan menjalankan aktiviti seharian.
Lain daripada itu, aku keluar ke Laman memeriksa tumbuhan, 'water pump' air terjun dan memberi makan ikan koi.
Bosan juga tak ada mereka untuk disakat, bergurau dan bersembang. Ikan-ikan koi seperti tak berselera kerana Adeq tidak ada untuk memberi makan. Itulah hobi Adeq. Memanggil ikan-ikan koi dengan nama masing-masing sambil memberi 'palet'.
Adeq( disedut dari laman Friendsternya)
Acik, biasalah asyik mengadap TV dan melayari laman Friendster nya.
Qaqaq, yang sedang bercuti, memang relaks sepenuh masa macam Abang juga. Tugasannya hanyalah memasukkan kain baju dalam mesin basuh, menyidai dan memungut yang telah kering. Selain dari itu memasak serba sedikit dengan tunjuk ajar mama dia.
Walau apa pun, pemergian mereka menziarahi Tok amat menggembirakan Tok.
Dah 3 malam kami berhubung melalui YM dan melihat wajah masing-masing melalui webcam, terubat juga rasa rindu.
Mak pun gembira kerana 3 orang cucu jauhnya ada disisi selain dari 3 yang sentiasa bersama di sana. Mak amat berbesar hati dan teruja kerana ke enam-enam cucu perempuannya telah mengambil inisiatif untuk mengecat rumah peninggalan arwah Pak.
Acik sedang mengecat rumah Tok
Aku pun tumpang gembira kerana anak-anak daraku melakukan sesuatu yang berfaedah dan bermakna bagi pihak aku untuk Mak, Tok mereka.
Moga Mak terus bahagia dengan sumbangan anak cucu Mak.
Beib tak sabar nak jumpa anak....
yang sedang bercuti bersama nend A
sambil mengecat rumah TokWa N
turut membuat Tok gembir A
hasil sumbangan cucu dan ana
K

Wednesday, December 5, 2007

WKH review

A room with a view


Assalamualaikum / Good Day.....

Its interesting to note that a review has been written about WanKay Homestay (WKH) by a gentleman affectionately known as CJCM in his blog Kuala Lumpur is Home. His blog covers about almost everything, see and read for yourself.
CJCM (Che Jaafar Che Man), considers himself as a new face in the blogosphere and only started blogging as a hobby in August 2006. Living in Kuala Lumpur since 1990, CJCM is a seasoned IT professional currently attached to an IT company based in Kuala Lumpur.
To him, working and blogging are not all about him. He is married and have five grown up children and enjoys cooking, outing with family and all things related to IT and internet.

I do hope his review will help to boost WKH.


Wow.. it even has WIFI facility… perfect for modern days travellers, especially bloggers to post latest update on their visit to Kuala Terengganu… well done Beib for the thoughtful idea of providing WIFI connection…. asking for a desktop PC will be too much right Beib?
Read more of his review here
Thanks CJCM.

Beib welcomes ...

all and enjoy the holida Y
staying at WKH for a day or tw O
roaming around Terenggan U

Sunday, December 2, 2007

Welcome - WKH Promo

Wan Kay Homestay
Gong Badak, Kuala Terengganu

Ample parking space just outside the guestroom

Private entrance door

tastefully decorated guestroom

a room with a view

en suite bathroom with hot and cold water

mini waterfall in front of the guestroom

Landscaped garden - attractive pool with beautiful koi fish and a mini waterfall

Assalamualaikum / Good Day.....

Just to inform blogger friends that if you intend to visit or enjoy your vacation in Kuala Terengganu, alone, in pairs or with family, you can drop in at WKH.
Special rate for all....
Please call to comfirm.

Rate valid till 31st Dec 2007
Rate per room per nite - Superior Garden View - RM 100.00 nett
All rates are nett quoted in RM
Term: CASH
ADDRESS
1, Taman Abadi, Jalan Gong Badak, 21300 Kuala Terengganu, Terengganu, Malaysia.
INFORMATION
Rating : Homestay
Check-in time - 14:00pm
Check-out time - 12:00nn
ROOM AMENITIES
The homestay currently has one tastefully decorated guestroom comprising a superior triple room. The accommodation is separated from the main house and guests have a view of the garden. The room is fitted with king size and a single bed, individually controlled air conditioning, en suite bathroom with hot and cold water, television , complimentary coffee making facilities and WIFI.
FACILITIES
The homestay has ample parking space, the main feature in the landscaped garden is the attractive pool with beautiful koi fish and a mini waterfall. For leisure one can choose to do cycling and enjoy the picturesque scenery.
FOOD & BEVERAGE
The ‘warong’ or eating places and restaurants around the vicinity offer delicious local traditional delicacies like nasi dagang, nasi lemak, nasi kerabu, nasi minyak, nasi kuning , satar, otok-otok and keropok lekor. Other various Terengganu traditional food are also available.
GETTING AROUND

Wan Kay Homestay is close to the traditional fishing village of Mengabang Telipot, Seberang Takir and Batu Rakit, 15km from Kuala Terengganu City Center and 4km from Kuala Terengganu Sultan Mahmud Airport, on the North East Coast of Peninsular Malaysia. The homestay is set amidst landscaped gardens and is surrounded by natural tropical vegetation in this peaceful and kampong area of Terengganu. It faces clean surrounding fringed by greens.

THE SITE
Located strategically at about 15 kilometres from the Terengganu state capital, this serene, unspoilt location is tucked conveniently within the vicinity of Kuala Terengganu , Sultan Mahmud Airport, Gong Badak Industrial Area , University Darul Iman Malaysia formerly known as KUSZA campus, Kuala Terengganu Teachers Institute (IPKT),University Malaysia Terengganu, Mengabang Telipot .
The area, is connected by smooth, jam-free roads which in turn leads to all major landmarks such as Pulau Bidong, Pulau Redang, Pulau Perhentian, Tasik Kenyir, Sekayu Waterfall and wonderful beaches like Batu Buruk, Merang, Batu Rakit, Penarik and Tok Jembal.
A sense of peacefulness, quietness in the natural setting. So, welcome to WKH, where good and easy lifestyle, clean fresh air breezes gently from the South China Sea.
A place made more enchanting in a truly beautiful TERENGGANU
HOW TO GET THERE
Terengganu is 55 minutes flight away from KL, both MAS & Air Asia operates daily direct services from Kuala Lumpur as well as connecting services from other major cities and towns.
Guests can also take Firefly, which offers daily flights from its hub in Penang and Sultan Abdul Aziz Shah (SAAS) Airport to Kuala Terengganu.
Whilst there are a number of coach services from every major city and town within Peninsular Malaysia. It'll take an eight hours coach ride from Kuala Lumpur to Terengganu.
Guests will find most places in Terengganu easily accessible. There is a host of transportation modes that one can choose from, when travelling and within Terengganu, i.e. by air, road, buses, coaches and taxi.

Beib and KakWan will be at hand to attend all guests at:

Wan Kay Homestay
1, Taman Abadi, Jalan Gong Badak,
21300 Kuala Terengganu,
Terengganu, Malaysia

Beib: 019-983 4360

WK: 019-984 4360
E-mail : iqhabib@hotmail.com

For more info please go to WKH here

More of

COPYRIGHT © BEIB . ALL RIGHTS RESERVED

WATCH OUT for MORE UPDATES

Beib would like to welcome our guests ...

with warmt H
and gust O
fill with enthusias M
to a home away from hom E
to unwind and relieve their stres S
to cherish the beautiful momen T
and to revitalise their stamin A
after a long needed holida Y