Tuesday, June 2, 2009

Stadium GB: Angkara Otomen?


Assalamualaikum / Good Day.....

Waktu aku menerima sms dan desas desus mengenai Stadium Sultan Zainal Abidin, yang jaraknya 3 km dari rumah aku runtuh, tidak ada ribut atau tsunami. Menghairankan sebuah stadium yang gah dan boleh memuatkan 50,000 orang tiba-tiba runtuh begitu sahaja pagi tadi. Syukur Alhamdulillah, tidak ada seorang pun penonton di stadium yang popular dengan panggilan, stadium Gong Badak, ketika kejadian jam 7.30 pagi itu.

Lebih bernasib baik juga kerana kecelakaan itu terjadi sehari sebelum satu acara sukan peringkat nasional berlangsung. Sekiranya bumbung itu roboh hari esok, mungkin ramai yang akan kehilangan nyawa atau cedera sebab esok akan berlangsung sukan kakitangan universiti-universiti setempat di stadium berkenaan.
runtuh bagai dilanggar garuda

sebahagian bumbung yang menyembah bumi

Kita tidak dapat bayangkan jika keruntuhan itu terjadi semasa Sukma 2008. Jika tidak tentu ramai yang menemui ajal dan cedera, termasuk orang-orang kenamaan yang duduk di ruang VVIP.

satu landskap yang ngeri

Kita sering bergantung harap pada kebetulan atau ‘nasib baik’. Andai nya nasib tidak menyebelahi kita atau 'we run out of luck', bagaimana? Mengejutkan stadium yang baru berusia setahun boleh runtuh tanpa gegaran gempa bumi atau ribut puting beliung.
Bandingkan dengan Stadium Merdeka yang dibina tanpa teknologi canggih 50 tahun yang lalu tapi masih lagi berdiri gagah dan megah.

Sebagai rakyat marhaen yang membayar cukai, aku juga wajar dan layak bertanya bagaimana ini boleh terjadi? Sebuah stadium yang terbesar di Pantai Timur dan menelan biayai sebanyak RM300 juta runtuh bagai kepingan domino.

Perbelanjaan sebesar itu, dengan teknologi termoden dan terkini, bumbung stadium canggih tersebut dapat bertahan hanya setahun. Yang di-Pertuan Agung, Sultan Mizan Zainal Abidin, yang juga Tuanku Sultan Terengganu, baru sahaja merasmikannya pada Mei 2008.
Amat malang tiba-tiba 60 peratus dari bumbungnya, termasuk 'Royal Box', ruang yang menempatkan tetamu Diraja, roboh.

Pelbagai spekulasi timbul berkaitan dengan stadium tersebut yang dibina secara tergesa-gesa bagi menganjurkan SUKMA 2008. Bolehkah ini jadikan alasan keruntuhan tersebut? Rakyat tentu tidak dapat menerima alasan yang klise atau tanpa data dan fakta yang kukuh. Ini bukan kerja RM3 ribu, atau RM30 ribu, ini projek mega RM300 juta!


Kita berharap tiada hanky panky di sebalik projek pembinaan stadium tersebut.

Kajian serta siasatan terperinci mengenai kejadian ini mesti dibuat dalam masa terdekat, dan laporan hendaklah didedahkan kepada umum. Terus dan telus.
Tentu sahaja rekod-rekod mengenai projek tersebut mudah diperolehi kerana ia masih baru. Lantaran itu, siasatan pastinya tidak mengambil masa yang lama.


Punca kejadian mesti dicari. Kesilapan serta kecuaian perlu dikenalpasti. Mengejutkan, binaan sehebat dan semewah itu boleh roboh secara tiba-tiba.
Ini bukan musim tengkujuh di mana tiupan kencang ribut mungkin boleh dipersalahkan.
Dengar khabar dari teman-teman di Teluk Ketapang yang sedang bersarapan di warung berdekatan, stadium itu runtuh dalam tiupan angin sepoi-sepoi bahasa sahaja.
Janggal rasanya...
Tapi dari beberapa sms/mms dan emel yang diterima, pelbagai andaian dan telahan dibuat.
Istimewa dari kenalan yang menghantar 2 keping foto melalui emel yang menggambarkan betapa perseteruan antara ikon 'superhero' dari Jepun dan raksasa berlarutan hingga menyebabkan musnahnya sebuah landmark baru di Gong Badak yang menggunakan teknologi Korea.
Konflik ini seolah memusnahkan sebuah ikon yang baru berusia satu tahun.

Satu prank dan sindiran yang menarik.
Bak kata Nabil Raja Lawak ..."Lu pikir lah sendiri!"....



Beib harap tiada lagi malapetaka melanda...
...di mana-mana komplek S
terutamanya yang sentiasa penuh dan pada T
di hari minggu atau waktu berpest A
kapasitinya jangan melebihi haD
andai berlaku kejadian yang tidak diingin I
penonton dapat dikeluarkan dengan laj U
elak nyawa dari teranca M

4 comments:

amiechomel said...

hahaha! mcm kenal je gambar yg last tu...

Anonymous said...

hahaha....saya tinggal kat marang...tapi mmg lalu ikut stdium masa nak balik tmerah... n for your info... u r my tutor for oum class.a year ago... balik pd stadium runtuh, my 5 yr old son yg fanatik atomen... boleh tanya...mama,mama atomen ade ke kat trg? tgok tu.... sambil tunjuk ke arah stadium... then tanya lagi, mama, raksaksa cuttlefish ke dinasor? atomen menang kan mama? atomen baik... sambil2 dia duk story ke adik dia yg juge fanatik atomen....

BEiB said...

amiecomel...
gambar tu memang sedia disebarkan dalam mms...antara mms paling popular. Stadium teknologi Korea. Superhero, Jepun...ironis

BEiB said...

Anon..
Siapa gerangan ni. Terima kasih kerana postkaan komen.
Otomen ni memang hebat sejak dari tahun 60an.Zaman saya masih kat pra sekolah..masa tu nama heronya Hayata.
" By using lever capsule, Hayata becomes Ultraman"..
Tak heran kalau anak anda juga minat Otomen, sebab saya juga minat dia dulu..hehehe