Majlis Qatam dah masuk era digital.
Bacaan Al-Quran menggunakan perisian dalam laptop
Assalamualaikum / Good Day....Bacaan Al-Quran menggunakan perisian dalam laptop
Aku masih ingat di masa dulu bila pendidikan agama di laksanakan secara tidak formal di kampung-kampung.
Pengajian Al-Quran dan agama di ajar kepada kami yang berumur 4 tahun ke atas oleh tok-tok guru. Selalunya kami belajar mengaji Al Quran di rumah tok guru. Masa yang di tetapkan untuk mengaji Al Quran adalah mengikut kehendak tok guru. Kebiasaannya pada waktu selepas asar atau pada waktu malam. Kalau bersekolah pada waktu petang, kami akan pergi mengaji dari jam 8.00 hingga 10 pagi.Aku diajar membaca muqaddam dan Al Quran sehinggalah lancar dan betul. Kebiasaannya kami akan qatam Al Quran sebanyak tiga kali.
Setelah qatam Al Quran, Pak dan Mak akan membuat kenduri pulut kuning sebagai tanda aku telah tamat mengaji Al Quran dan sebagai ucapan terima kasih kepada tok guru yang telah mengajar aku.Sebenarnya Pak dan Mak juga mengajar ramai anak-anak kampung mengaji Al Quran di rumah. Aku turut diajar mereka sehingga aku masuk sekolah rendah. Kemudian aku diserahkan kepada seorang guru Al Quran di kampung seberang sehingga aku qatam beberapa kali.
Pendidikan agama yang dijalankan secara tidak formal ini masih lagi berlaku sekarang.Ustaz Hisham memaklumkan majlis bahawa Adeq dah Qatam
Anak-anakku, Acik dan Adeq, dihantar kepada guru mengaji Al Quran yang bertauliah, lulusan Universiti Al Azhar, dan memanggilnya ustaz.
Dengan bayaran RM 50.00 sebulan, Ustaz Hisham menjalankan tugasnya dengan penuh dedikasi mengajar kedua-dua anakku dua kali seminggu.
Teman-teman Adeq yang hadir di Kelas KAFA Fathul Mukmin
Alhamdulillah, selepas dua tahun Adeq telah qatam Al Quran. Majlis Qatam dengan bacaan Surah Lazim dan doa selamat telah selamat dijalankan. Walaupun, Adeq tidak disenaraikan dalam Majlis Qatam ramai-ramai yang diadakan dekat tempat kami, aku tidak terkilan. Cuma doaku agar Adeq dapat mencontohi arwah Tokwan yang telah qatam sebanyak 117 kali. Lantaran itu, Adeq masih meneruskan pengajian Al Qurannya.
Al Fatehah untuk Tokwan.Beib masih mahu.....
kembalikan yang ha Q
terus membac A
ibu segala Mukjiza T
yang diturunkan kepada Rasullullah yang Muli A
pembawa rahmat ke seluruh ala M
ibu segala Mukjiza T
yang diturunkan kepada Rasullullah yang Muli A
pembawa rahmat ke seluruh ala M
No comments:
Post a Comment