Tuesday, November 27, 2007

Antara Dua Alam

Bersama Zuber di depan kedai keropoknya
Assalamualaikum / Good Day....
Jam 7.45 pagi tadi aku menerima panggilan dari kakak iparku,Mek, memaklumkan bahawa adik kepada salah seorang birasku telah kembali kerahmatullah pada jam 11.45 malam tadi.
Aku dan Kak Wan tergamam.
Lebih 16 hari beliau dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah,KT kerana sakit kencing manis. Aku agak terkilan kerana tak sempat melawat beliau kerana kesibukan dengan tugas.
Aku diberitahu bahawa luka(kudis) dibahagian punggungnya agak parah dan beliau menjadi kritikal dalam beberapa hari terakhir ini.
Jenazah beliau telah dibawa pulang ke kediamannya di Dungun pada jam lebih kurang 2 pagi dan telah selamat dimandi, kafan, solat serta dikebumikan pada lebih kurang jam 11.45 pagi.
Walaupun aku jarang-jarang bertemu dengan arwah, namun aku hormatinya sebagai seorang yang berbudi dan berhemah.
Semasa menanti jenazah dibawa ke tanah perkuburan, aku dimaklumi oleh abang iparku bahawa arwah telah menyiapkan satu wasiat tentang hutang piutangnya dan lain-lain perkara yang berkaitan beberapa minggu sebelum ini.
Satu tindakan yang wajar yang dianjurkan oleh agama. Menyenangkan waris melangsai dan menguruskan kewangan tinggalan arwah.
Peninggalan arwah
Semoga ALLAH mencucuri rahmat ke atas roh Mohd. Rosli bin Harun (Pok Li).
Dalam perjalanan pulang dari Dungun, aku dan KakWan singgah sekejab di Chendering menemui sahabat lama, seorang usahawan keropok lekor yang berjaya di Terengganu.
Ahmad Zuber bin Ismail (Bed), berasal dari Alor Senjaya, Alor Setar, Kedah merupakan teman 'sekampung' aku dan rakan kuliah Kak Wan. Beliau adalah pelopor keropok Losong Plus.
Produknya merupakan keropok lekor segera yang siap dipaketkan seperti sosej dan boleh terus dimasak untuk dinikmati. Ada pelbagai variasi keropok lagi yang dikeluarkan oleh kilang beliau. Kalau hendak tahu, tengok dan rasa silalah ke kilang beliau di Chendering.
Berbagai perkara yang kami bualkan sehingga beliau menceritakan bagaimana kolam untuk landskap di kediamannya telah "komersialkan" menjadi kolam untuk menternak ikan kelah.
Sebanyak 1,500 benih anak ikan telah dimasukkan untuk diternak.
Usahawan kita ini memang hebat. Bayangkan ikan kelah yang matang berharga antara RM18.00 - RM25.00 sekilo...
Apa kata kalau dibuat keropok lekor guna ikan kelah? Huh! berapa harga sebatang keropok lekor ya?
Aku pelihara ikan koi, dia pelihara ikan kelah....
Kata Bed, " Mula-mula kita bagi dia (ikan kelah) makan, kalau tak larat nak bagi dia makan, kita makan dia".
Beib seronok juga makan keropok....
sambil berbua L
tambah lagi dengan me E
rasa sedap lagi ena K
cicah dengan sos cili atau tomat O
habis sepinggan pun tak seda R

Friday, November 23, 2007

Bina Jambatan Bukan Tembok

Kawan baru dari Pontian, Abdul Rahman Mat Top
Assalamualaikum / Good Day.....
Seronok juga ke Putrajaya selama lima hari menghadiri mesyuarat(19-23 Nov 2007). Walaupun terpaksa memerah otak menyiapkan tugasan yang diberikan, rupa rupanya ada rahmat dan hikmah tersendiri.
Selain dari berkenalan dan bekerjasama dengan rakan baru, Abdul Rahman Mat Top dari Pontian, Johor. Aku juga secara tak sengaja dapat berjumpa rakan sekuliah setelah hampir 15 tahun berpisah.
Nordin Abdul Rahman, kini merupakan seorang pegawai di BPG,KPM. Selepas menamatkan pengajian di U, kami terpisah dan putus hubungan. Pertemuan singkat di E13 mengimbau kembali kenangan lama. Ramailah nama kenalan lama yang disebut, antaranya Hj. Basuni b. Hj. Hamim, rakan baik semasa kami berkursus selama setahun di MPIK pada tahun 1985. Lama kami tak bertemu, sejak aku meraikan 1511.
Aku dimaklumkan dia kini merupakan seorang usahawan katering yang sangat berjaya di Sabah. Kesahihan maklumat ini diperkuatkan dengan carian aku dalam internet yang mendapati bahawa beliau kini sudah mempunyai rangkaian 8 buah Restoran Seri Keningau dan food court.
SMS yang aku kirim sebaik mendapatkan nombor telefonnya dari Nordin, dibalas dengan panggilan yang semesra 22 tahun dahulu. Terkejut, tergamam, terkedu dan teruja semua berbaur. Basuni yang kukenal masih seperti dahulu. Mesra dan merendah diri.
Mungkin kali ini tidak dapat bersua. Harapanku agar disuatu masa nanti kami dapat makan bersama seperti dulu, tapi kali ini di restoran kepunyaannya.
Semoga rakan kenalan ku berjaya dalam bidang masing-masing.
Beib tetap ingat kenalan dan...
insan yang sama-sama belaja R
atau mereka yang pernah bekerjasam A
dalam apa jua program atau proje K
di mana jua mereka berada A
moga mereka sentiasa dirahmati dan ama N

Sunday, November 18, 2007

Cuti tak cuti

Ketenangan dan kedamaian kampung
Assalamualaikum / Good Day....
Sekolah dah mula bercuti, aku sebenarnya bercadang nak balik Kedah menziarahi Mak di kampung.
Rumah Mak yang hening
Bersama Mak dan KakWan
Namun, tugasan tetap perlu diselesaikan. Jemputan menghadiri mesyuarat harus dipenuhi. Untuk hari ini, aku akan hadiri dua mesyuarat yang penting berkaitan dengan Pendidikan Seni Visual (PSV).
Pagi ini aku akan menghadiri satu mesyuarat PSV di JPN Terengganu. Petangnya, aku akan berlepas ke KPM, Putrajaya untuk menghadiri satu lagi mesyuarat juga berkaitan dengan seni. Ini akan berlangsung dari 19-23 November 2007. Bersama lima lagi pegawai yang dijemput, kami akan melaksanakan satu tugasan yang melibatkan data, analisis dan laporan.
Moga tugasan kami akan selesai dengan sempurna dan dapat membantu KPM dalam merealisasikan dasar yang telah ditetapkan.
Nampak gayanya, aku akan bercuti blogging untuk seminggu ini tapi tak cuti bertugas.
Beib tahu kita perlu mengutamakan....

tugas walaupun ada cuti reha T
samada cuti umum atau hujung mingg U
kerana kadang-kadang tugas itu amat pentin G
melibatkan anak bangsa dan negar A
maka, perlu disempurnakan dengan bere S

Friday, November 16, 2007

1511

Foto nostalgia sebelum berumah tangga
Assalamualaikum / Good Day.....

Dah seminggu tak masukkan entri baru. Kesibukan melanda dimana-mana.
Akhirnya sekolah dah mula bercuti. Anak-anak yang belajar kat KL pun dah balik. Abang sampai petang semalam bercuti hingga pertengahan Disember. Qaqaq sampai pukul 5 pagi tadi, bercuti sampai awal Januari. Acik dengan Adeq, biasala...tiap-tiap hari cuti...heheh..
Pejam celik, pejam celik dah sampai akhir tahun 2007. Terasa masa berlalu amat pantas.
Semalam 15 November 2007 (1511) merupakan ulangtahun perkahwinan aku dan KakWan kali ke 22. ( 15 November 1985).
Wah! lama tu..! Kata orang dah terlalu kerap menyambut 1511 ni sampai kekadang tak terasa keunikannya. Namun, tarikh keramat tu tetap di ingat kerana ia meninggalkan 1,001 nostalgia.
Kebahagiaan bersama selama ini melahirkan zuriat yang kami miliki seramai 4 orang.
Untuk hadiah 1511 ini, aku menerima 'hantaran' sebuah buku karangan Dato, Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah bertajuk Langkah Bestari Suami Mithali dari KakWan. Terima kasih, isteriku.
Ada 50 tips dan teknik untuk menjadikan suami hebat.
Moga tips tips ini kan menjadikan aku suami dan papa yang lebih baik.
Ada cadangan untuk 'hantaran' balas bagi KakWan?

Beib cuba fahami kehendak sebagai.....
manusia yang lebih bagu S
insan yang lebih mengambil tah U
orang yang sentiasa bijaksan A
lelaki yang selalu faha M
suami yang didambai ister I



Thursday, November 8, 2007

Terapi Minda


Menanam keladi gajah
(Alocasia macrorrhizos : Giant Taro, Elephant Ear, Ape flower)
Assalamualaikum / Good Day.....

Pagi semalam aku terbang balik dari Putrajaya sesudah selesai menghadiri satu mesyuarat di KPM. Mesyuarat penting berkaitan pendidikan anak bangsa. Biarlah menjadi agenda rahsia.
Mesyuarat sehari bersama pegawai pegawai KPM
Semasa disana sempat juga berjumpa dengan sahabat lama, KODENNE, anak jati Jitra, member Form six tahun 70'an dulu. Dia yang kini menetap di USJ, Subang Jaya menjalankan perniagaan event management dan menjadi jurulatih tenis profesional (sepenuh masa). Jarang anak Melayu berkebolehan macam tu.. Kodenne, you're one of a kind.. Go bro go!
Bila dah lama tak jumpa macam-macamla cerita lama yang keluar.Keakraban tetap utuh. Jokes makin matang. Gelak masih besar macam dulu. Semuanya terapi minda. Awet muda.

Kodenne, sahabat sejati
Ok..berbalik pada aktiviti masa petang aku. Aku habiskan dengan menanam pokok hiasan di laman. Kerja-kerja 'gardening' menggali lubang dan memasukkan pokok ni sebenarnya seronok walaupun meletihkan. Orang kata ia terapi minda. Entahlah, tapi aku rasa ada kebenarannya.

Keladi gajah siap ditanam

Segala masalah, kerunsingan dan keserabutan fikiran hilang bila kita beri tumpuan pada tanaman dan tumbuhan.
Hijau daun dan rumput menyegarkan. Aku terasa bagaimana tanah yang digali yang melekat pada jari dan tangan memberikan satu terapi pada kulit. Dah lama tak main dengan tanah. Teringat bagaimana zaman aku kecil dulu, di Anak Bukit, aku sering ke bendang menangkap ikan dengan menggunakan serkap. Kaki dan tangan, malah seluruh tubuh bersalut lumpur. Kata orang tanah dan lumpur baik untuk kulit. Betul juga, sebab kita manusia juga berasal dari tanah.
Pokok Rhapis yang turut ditanam dipenjuru laman
Pokok-pokok yang aku tanam ni sebenarnya dah beberapa hari tersadai kat tepi pagar. Oleh kerana kesuntukan masa, aku tangguhkan dulu menanamnya. Aku tunggu hingga aku benar-benar bersedia dan selesa mencangkul serta mengorek lubang untuk menempatkan pokok-pokok tu.
Selesai menanam pokok, aku bermanja dengan ikan-ikan koi yang jinak. Satu lagi cara mententeramkan jiwa. Satu lagi terapi minda.

Koi atau Nishikigoi (Cyprinus carpio)

Beib lakukan terapi ...........

dengan bercucuk tana M
memelihara ko I
menghias tama N
memaksimakan masa yang terha D
beriadah serta menghirup kenyamanan udar A

Saturday, November 3, 2007

Homestay like staying at home

Memunggah pokok hiasan taman
Assalamualaikum / Good Day.....
Pagi tadi aku terima panggilan dan mesej dari Kak Long(KL). Oleh kerana telefon sedang dicaj, aku tak perasan. Maka, tak terjawablah.
Semasa aku kat nursery mencari pokok-pokok yang sesuai untuk laman aku, aku terperasan miss call KL lalu, aku kembalikan panggilannya. Tak sangka, lembut suaranya memaklumkan dia dah nak bertolak dari Muzium Negeri Terengganu ke Pasar Kedai Payang. Shopping sakan aku rasa Kak Long ni.
Walaubagaimana pun, terima kasih Kak Long kerana sudi maklumkan padaku akan kehadiramu di KT. Maaf, kerana jadual agak ketat sehingga tak sempat nak bertemu muka. Lain kali, InsyaALLAH.
Kelisa yang sendat dengan pokok
Selesai memunggah pokok-pokok hiasan taman, aku bergegas menghadiri kursus pengendalian homestay yang dianjurkan oleh Persatuan Belia Teluk Ketapang (MAYC) dengan kerjasama Kementerian Pelancongan Malaysia.
Kursus ini perlu untuk mendapatkan sijil yang membolehkan aku menjadi seorang pengendali homestay yang bertauliah.
Menjamu selera bersama penceramah dan peserta kursus
Penceramah jemputan, En. Abdul Manaf Shariff, telah banyak memberi input yang berguna mengenai hospitaliti dan perkara-perkara yang berkaitan dengan pengendalian homestay.

Fasilitator sedang memberi input

Aku berharap kursus 2 hari yang akan kami hadiri memberi manfaat dalam memajukan industri pelancongan dalam negara kita.

Kak Wan turut hadir

Selepas ini, kalau ada member bloggers yang nak datang ke KT boleh hubungi aku.

Beib mesti menjadi lebih...
saba R
mesr A
faha M
bertimbang ras A
dan pemura H