Monday, April 30, 2007

Ubat batu karang....?

Pandan laut...?

Assalamualaikum...
Aku sendiri tak tahu nama sebenar pokok/tumbuhan ini, tapi kenalanku KB Khoo, menyatakan bahawa ianya amat mujarab untuk mengawal/memulih/merawat atau lebih tepat lagi mengeluarkan 'batu karang' /kidney stone* dalam badan terutamanya dalam pundi kencing,hempedu atau buah pinggang.
(Kidney stones, or Renal calculi, are solid concretions (crystal aggregations) of dissolved minerals in urine; calculi typically form inside the kidneys or ureters. The terms nephrolithiasis and urolithiasis refer to the presence of calculi in the kidneys and urinary tract, respectively. Renal calculi can vary in size from as small as grains of sand to as large as grapefruit. Kidney stones typically leave the body by passage in the urine stream, and many stones are formed and passed without causing symptoms. If stones grow to sufficient size before passage -- on the order of at least 2-3 millimeters -- they can cause obstruction of the ureter. The resulting distention with urine can cause severe episodic pain, most commonly felt in the flank, lower abdomen and groin (a condition called renal colic). Renal colic can be associated with nausea and vomiting due to the embyrological association of the kidneys and the intestinal tract. Recurrence rates are estimated at about 10% per year) wiki
Cara penyediaannya mudah sahaja:
  • Cuci tumbuhan ini hingga bersih
  • Potong kecil-kecil
  • Masukkan ke dalam periok tanak (tembikar tanah liat) atau periok biasa
  • Penuhkan dengan air
  • Masukkan segenggam barli
  • Masak hingga mendidih
  • Biarkan air berkurangan sehingga dapat segelas (pati tumbuhan yang tinggal)
  • Minum
  • Tawakkal

Khoo yang memberikan tumbuhan ini menyatakan, ada beberapa kes di mana sipesakit yang akan menjalani pembedahan dalam tempoh terdekat membatalkannya kerana 'batu karang' yang ada didalm tubuh mereka telah keluar melalui air kecil. Gambar x ray menunjukkan bahawa 'batu karang' tersebut sudah tiada.

Aku sebenarnya cuba mencari ubat untuk mak aku yang telah beberapa tahun menderita akibat penyakit 'batu karang' ni. Mak aku dah tiga kali menjalani pembedahan mengeluarkan benda ni yang bersarang di dalam buah pinggangnya. Aku berharap mak akan berjaya mengeluarkan batu karang (dengan izin ALLAH) bila minum air pandan laut ni.

Dah dua hari dia minum, aku masih lagi menunggu berita gembira dari beliau. Semoga ALLAH memakbulkan doaku untuk melihat mak aku sembuh dari penyakit ni...InsyaALLAH.

Kalau ada sesiapa yang tahu mengenai tumbuhan ni dan khasiatnya, sila e mailkan padaku.

Terima kasih.

Beib berharap:

tumbuhan yang dijumpai dalam se MAK

ini akan berfung SI

dengan kuasa ALLA H

sebagaikan ub AT

Saturday, April 28, 2007

Awas bila makan....


Bilbod sebuah restoran di Kulim yang
menghidangkan makanan yang menggerunkan
Assalamualaikum...

Melawat anakandaku yang sulung, Syafiq, yang sedang menuntut di sebuah IPT di Kulim memang menyeronokkan. Kesempatan bersua dan bermesra dengannya akan membawa kami ke restoran yang berselerakkan di bandar Kulim.... tetapi restoran ini tentunya menyajikan sejenis makanan barat yang agak menggerunkan...

Aku dan famili mungkin akan makan Fish and Chips atau Chicken Chop saja. Tak berani aku nak 'order' makanan yang satu lagi tu sebab takut luka bibir, mulut, tekak dan perutku. Biarkanlah ahli silap mata atau 'pemakan kaca' sahaja yang menjamahnya....

Walaupun begitu kalau terjadi apa-apa bolehlah ke Kota Bharu (KB) untuk mendapatkan rawatan. Namun, tujuh jam perjalanan darat dari Kulim ke KB mungkin sesuatu yang kita tak sanggup lalui....

Bilbod sebuah restoran di Kota Bharu

Beib rasa:

Nasi leMAK

pun dah memadai sebagai hidangan santapAN

yang mempunyai nilai tempatAN



Mana dia?

Penulis dan anak bongsu, Syazana tertarik dengan nama kedai

Assalamualaikum...
Semasa aku balik ke Kedah tempohari aku dan famili sempat singgah di sebuah kompleks membeli -belah yang baru dibuka di pinggir Bandaraya Alor Setar. Bangunan yang ala-ala timur tengah dan bercirikan Islamik itu amat menarik . Yang lebih menarik lagi ialah nama sebuah kedai menjual pakaian. Ia mengingatkan aku kepada seorang manusia yang sehingga kini masih menjadi pelarian....Entah di manakah dia kini setelah menggegarkan seluruh tanahair dengan ajarannya yang songsang itu. Mungkinkah dia menghilang dan kembali ke Kerajaan Langitnya?...
Your guess is as good as mine....

Beib kata:
Walaupun pAYAH
untuk mencarinya, kita mesti tetaP
meneruskan usaha supaya misI
dia yang menyesatkan itu dapat ditahaN

Monday, April 23, 2007

Ikan Bakar


Sedang menikmati isi ketam...Adus...

Assalamualaikum...
Maaflah dah seminggu aku tak buat 'entry' dalam blogku ini sebab berada di luar daerah. Kata orang penggunaan internet ni global, boleh diakses dan dilayari di mana-mana, have to think twice tho'. Semasa bermesyuarat kat sebuah hotel di Jalan Tun Seri Lanang, Melaka pihak urusetia mesyuarat memohon agar akses internet dibekalkan kepada kami. Pihak hotel ada menyediakan talian tetapi tak boleh digunapakai walaupun untuk 'dail up' ....
Terkejut juga di zaman teknologi canggih ICT ini, dan di hotel 3 bintang yang kami huni, yang mempunyai rangkaian di seluruh negara malah hampir keseluruh dunia, namun servisnya lambat dan lembab. Apa maknanya 'glokal'?....
Nak cari CyberCafe disekitar tempat penginapanku pun tak sempat kerana agenda mesyuarat agak padat dan ketat, terpaksalah bertahan sampai balik rumah untuk memuatkan entry ni..... Apa nak buat?....
Aku ke Melaka dari 16 -19 April 2007 kerana menghadiri mesyuarat kementerian. Selama di sana aku ada hubungi Bro Rickywan dan berhasrat untuk bertemu namun Bro semacam tak nak jumpa aku je.....Takpa lah mungkin dia agak malu atau sibuk dengan tugasan harian dan tak yakin untuk bertemu dengan orang yang dia tak kenali sepenuhnya.....Mungkin lain kali ya Bro?
Selain dari tempat-tempat bersejarah yang menarik di Melaka tempat lain yang harus dikunjungi ialah gerai/restoran ikan bakar.
Ikan Bakar is a Malaysian dish of fish or other forms of seafood grilled using charcoal. The word literally means "burnt fish" in Malay. Usually the meat is marinated (with spices and sometimes sambal belacan) and then grilled; sometimes with a banana leaf between the seafood and hotplate. Some of the popular forms of seafood besides fish include squid (sotong) and stingray. (wikipedia)
Menikmati ikan bakar di tengah malam merupakan satu kemestian kalau tidak pun 'kegilaan' bagi pengunjung ke sana. Kita boleh ke Telok Mas, Alai atau Umbai. Aku berkesempatan ke Telok Mas menikmati nasi lemak dengan ikan pari bakar, cencaru bakar serta ketam masak tomato(?) Aduh....nikmatnya..... Sedap juga makan nasi tengah malam.....

Sedapkan makan ketam cicah sos?

Beib kata:

Kalau pergI
ke Melaka, jangan lepasKAN
peluang mencuBA
ingat! tak payah bertengKAR
mana-mana tempat pun ok..........

Sunday, April 15, 2007

Mana satu!

Zolphin dok mikir nak minum ke tak.......Hmmmm..

Assalamualaikum...

Semasa aku balik dari mesyuarat jabatan di Kemaman petang tadi, aku dan temanku Zolphin, singgah minum kat sebuah kedai makan berdekatan Masjid Terapung, Kuala Ibai. Menarik juga menu yang ada. Kami cuma minum air biasa je walaupun ada air yang special..... Bimbang juga nak minum air buah ni........

Tapi yang lebih menarik....apa yang terdapat di depan kedai ini yang dipamerkan untuk dijual.
Yang mana satu ek? Motor ke air botol tu..?

Beib nak tanya: Nak yang mana satu?
Air BUAH
ke atau se BUAH
motor?..............

Saturday, April 14, 2007

GIGI

Ubat antibiotic, ubat tahan sakit serta gauze untuk dressing yang diberikan.

Assalamualaikum...


Aku sebenarnya baru balik dari klinik gigi kat Kuala Terengganu. Hajat hati cuma nak buat 'scaling' which involves the mechanical use of a dental instrument that scrapes away bacterial plaque and calculus from the tooth.

Rupa rupanya dentist yang merawat aku mengesyorkan supaya dua gigi, first molar dan second molar, yang dah reput akibat dental caries perlu dicabut.



Dental caries, also described as "tooth decay" or "dental cavities", is an infectious disease which damages the structures of teeth (wikipedia)
Sebut saja kena cabut....adussssss....terasa ngilu dan sakitnya. Aku ni sebenarnya fobia dan trauma juga dengan dentist ( bukan dentist ni) sebab masa aku darjah enam dulu pipi aku pernah hampir tembus di gerudi oleh mesin drill. Oleh itu, a visit to a dentist is like a visit to a torture chamber.....

Aku tiba di klinik pukul 2.40 petang dan berharap dapat dirawat oleh dentist regular aku, Dr. Shamsuddin tapi dia cuti MC kata kerani kat kaunter. Doktor ganti namanya Dr. Lini. Aku teragak-agak untuk meneruskan rawatan tetapi setelah lama tertangguh aku rasa perlu diteruskan sebab kalau sakit nanti tak boleh nak cabut pulak gigi tu.
Bila masuk dalam bilik rawatan hati rasa lega sebab Dr. Lini ni rupanya masih muda,berhemah dan ramah orangnya. Kata-katanya yang lembut dan penerangannya tentang proses merawat serta kaedah scaling dan extract (cabut) membuatkan aku rasa lega dan tenang.
Setelah disuntik dengan bius sebanyak 3 jarum, aku mula terasa kebas. Sementara menantikan bius menyelinap keseluruh bahagian rahang bawah sebelah kiri, Dr. memulakan proses scaling yang mengambil masa lebih kurang 5 minit. Ngilu dan seram sejuk juga bila dengar bunyi mesin scaling tu....selepas selesai scaling aku direhatkan selama 10 minit.
Proses mencabut gigi-gigi yang rosak tu dimulakan dengan nasihat dan kata-kata lembut penuh yakin oleh Dr. Lini....

15 minit yang dilalui terasa kecut perut juga tapi keyakinan "in the safe hands of a qualified professional" membuatkan aku rasa relax dan calm.
Hampir 40 minit berada di klinik gigi menginsafkan aku bahawa kalau gigi tak berjaga inilah akibatnya. Dalam usia aku yang hampir setengah abad, kehilangan dua batang gigi memilukan juga. Mana tidaknya, gigi yang dicabut tak akan tumbuh lagi melainkan dipasang denture atau buat root canal....
Setelah selesai, aku diberikan ubat antibiotic dan ubat tahan sakit serta beberapa keping gauze untuk dressing tempat yang berlubang akibat ketiadaan dua batang gigiku. Bayarannya? RM95.00 untuk scaling dan melubangkan gerahamku.....
Beib pesan:
Jagalah gigi kita dan dapatkan rawatan berkala, 6 bulan sekali.
Kalau sakit, macam kata kebanyakkan orang,
"Ghasa macam nak tampaq aja kalau ada oghang yang buat hingaq (bising)"

ruGI
bila GI
GI
yang perGI
tak kembali laGI

Friday, April 13, 2007

Emak

Assalamualaikum...
Hari Ahad 8 April 2007 yang lalu, dah sebulan, aku bergegas balik ke Kedah, untuk menziarahi arwah 'pak penakan' (bapa saudara) aku, Pak Teh Ali atau Hj Ali bin Hj. Jusoh. Arwah yang berumur 69 tahun telah kembali kerahmatullah pada hari Sabtu 7 April 2007, jam 7.30 petang kerana sakit tua. Innalillah hiwainna ilahiroji'un.
Perjalanan balik aku telah tergendala kerana berlaku kemalangan yang tidak diduga ke atas diriku. Namun aku tetap bersyukur kehadrat ALLAH kerana aku tidak cedera. Cuma ego aku sahaja yang tercalar. Kereta Imagoku rosak agak teruk juga dan terpaksa di'bengkel'kan di Grik. Cerita mengenai kemalangan itu akan aku huraikan dalam episod lain.
Dalam pada menziarahi arwah Pak Teh Ali, balunya Mak Teh serta sanak saudaraku yang lain, aku juga berpeluang bertemu, bermesra, bermanja dengan insan yang amat kusayangi iaitu emak aku, Hjh Embon bt Hj. Jusoh. Emak sudah berusia hampir 81 tahun, namun dia masih sihat berbanding dengan insan lain yang seusia dengannya. Alhamdulillah!
Kesempatan bersua dengan emak original amat berharga dan emosional. Emak aku layan bagai minyak yang penuh. Bersamanya mengembalikan nostalgia semasa aku masih kecil dahulu. Setelah berjauhan kerana menuntut ilmu dan berkerjaya selama lebih kurang 28 tahun, balik ke kampung sekali sekala terasa amat hiba, apatah lagi kali ini terpaksa pulang untuk 'menghantar' Pak Teh Ali, adik bongsu emak. Melihat emak kehilangan seorang demi seorang adik beradiknya membuatkan aku terasa amat perlu bersama emak.
Doaku agar mak sentiasa sihat dan berbahagia meniti usia emasnya. Sempena HARI IBU aku ingin nyatakan bahawa MAK! Kaulah RATU HATIKU. Terima kasih di atas segalanya....Kasih sayangku akan kekal sehingga akhir hayat.
Beib kata...
Setiap mala M
aku sentiasa berdo A
agar Mak dirahmati ALLAH hingga ke akhir hayat kela K

Baru nak mula

Baru nak login....

Assalamualaikum....

Entah macamana tiba-tiba teringin nak 'set up' satu blog setelah melihat dan membaca blog yang menarik dalam internet seperti blog Bro Rickywan Melaka - Terima kasih! dan beberapa blog yang lain . Mungkin juga kerana perasaan teruja itu mendorong aku untuk melibatkan diri dalam pembikinan blog. Aku juga berharap agar blog ini akan dapat menambahkan ilmu aku, kau dan kita semua.
Sebenarnya aku bukan pandai sangat mengarang atau menulis tetapi aku berharap agar kebolehan ini akan bertambah dengan latihan dan kesungguhan dari masa ke semasa. Tak ada apa-apa subjek yang tertentu yang akan aku fokuskan dalam blog ini. Cuma pengalaman dan pemerhatian peribadi aku saja mungkin. Segala sesuatu yang menarik untuk dikongsi bersama akan cuba aku paparkan dalam bentuk tulisan, lisan atau grafik (foto dll).
Aku berharap agar semua menyukai dan memanfaatkan blog ini..... Jika ada cadangan, pandangan, dan idea kemukakanlah.....aku akan terimanya dengan positif....
Buat pengetahuan semua, penulisan aku dalam blog ini akan berkonsepkan

lelucon atau 'pun' dan
"SHORT and SWEET" ......
Terima kasih pada yang sudi membaca dan memberi respons....


Pemandangan di belakang rumah Mak dan arwah Pak aku,
Hj. Rejab bin Man (20.11.1924 - 8.3.2004)
di Kampung Alor Madi, Anak Bukit,
Alor Setar, Kedah Darul Aman.

Beib teringat...

Dulu ada Laman we B

tapi tak keka L

oleh kerana tak rajin up date, upload sokm O

kini tinggal website kosong G