Tuesday, April 7, 2009

Membenarkan kata-kata Joseph Goebbels

Assalamualaikum / Good Day.....

Joseph Goebbels, Menteri Propaganda Nazi German, pernah berkata sebagaimana yang sering diungkapkan "if a lie were repeated publicly often enough, it becomes the truth."
Inilah yang berlaku sejak beberapa hari yang lalu.
Manusia memang suka 'membawa mulut', gemar menceritakan hal-hal orang, terutamanya yang negatif atau yang dianggap negatif tanpa usul periksa dan bukti yang sahih.
Tokok tambah dan memanjanglebarkan sesuatu yang belum tentu atau tidak nyata, merupakan intipati perbualan segelintir manusia yang tiada nilai dan harga diri.
Golongan yang bertopengkan manusia ini, adalah parasit yang bertenggek dan bergelumang dengan najis fitnah.
Rasa hormat pada golongan ini terhapus sama sekali.
Betullah tindakanku bila ditegur seseorang tempohari.
" Sorang saja, mana kawan?"
"Lebih baik bersahabat dengan laptop dan buku dari berkawan dengan orang yang belum tentu boleh dinilai hatibudinya. Setidak-tidaknya buku tidak memfitnah, malahan ia memberi ilmu", ujarku.
Muhasabah diri bermula....
Hell with them!
Beib berdoa agar Allah berikan yang.....
sahih, bersandarkan sebab musaba B
dalam menangkis kata nist A
gosip, fitnah dan tuduhan ikut sedap hat I
golongan parasit, bebal dan penyanga K

2 comments:

azza_irah said...

salam..
jika didalami..sebenarnya ada sesuatu pada kita..kelebihan/kemahiran/kelayakan yang tidak ada pada org lain. disebabkan itu kita menjadi perhatian/buahmulut/mangsa(mungkin) kerana perasaan irihati(jeles) atas2 sebab2 peribadi atau sememangnya 'dia' sendiri tiada nilai budi.

jika kita di pihak yang benar...abaikan apa saja yang tidak benar. selagi kita tidak mengganggugugat ketenteraman/mencampuri urusan/melakukan tugas/amanah sndiri, insya allah segalanya pasti dalam perlindunganNya.

org2 terdekat pastinya akan memberikan sokongan yang tidak berbelah bagi selagi mereka tidak diabaikan.

moga cikgu Beib sentiasa beroleh ketenangan, keselesaan dan kerahmatan .

azza_irah said...

notakaki...
..menganggap apa jua penghalang sebagai satu 'challenge' yang perlu
ditangani secara objektif dan penuh profesionalisme serta penuh hikmah dan bijaksana..