Friday, September 5, 2008

Aku, Bintang Filem?

Berbuka puasa bersama Din CJ
Assalamualaikum / Good Day.....
Semalam aku terima satu SMS dari Bro Din CJ, seorang kenalan yang terkenal dalam dunia perfileman. Terkejut juga bila dia menyuruh aku membaca 2 buah skrip drama terbaru yang akan diarahkannya dalam Ramadan ini.
Antara telemovie yang disasarkan untuk Aidilfitri nanti ialah From Uganda With Love dan Seputih Salju yang akan dibintangi oleh pelakon-pelakon handalan tanahair.
Aku difahamkan lokasi penggambarannya ialah di Kampala, Uganda dan di Kuala Terengganu.
Dia meminta pendapatku tentang lokasi yang sesuai bagi beberapa babak di Terengganu.
Kami akan sama-sama meninjau lokasi tersebut bila dia tiba di sini nanti.
Inilah peluang aku mempromosi Terengganu. Kalau ada rezeki, mungkin promosi diri dalam satu atau dua scene drama tersebut....hehehe.
Rosyam Nor, here i come!
Antara filem, drama dan telefilem yang pernah disutradarakannya ialah seperti Cinderella, Romeo dan Juliet, Bigami, Bigami2, Virus, Virus, Janjiku 2, Mr Cinderella 2, Seputih Salju Sebening Kasih dan banyak lagi. Bacalah artikel mengenainya disini.
Perkenalan kami sebenarnya bermula di satu Forum Seni di Johor Bharu pada Julai 2007. Hubungan melalui fon dan SMS pun sekali sekala.
Apa yang membuat aku paling tersentuh ialah kepercayaan beliau terhadap aku.
Bukan sahaja e mel peribadinya yang diberikan kepadaku malahan username dan password nya sekali!
Kalau itulah kepercayaan yang diberikan kepadaku maka aku akan memegang amanah itu.
Aku jadi bimbang bila diberi amanah dan kepercayaan begini. Bimbang aku tak dapat menahan atau menolak kemungkinan menyalahgunakan kepercayaan itu.
Hanya ALLAH jua yang aku harap dapat mengawalku dari memungkiri amanah yang diberi.
InsyaALLAH.

Beib teringin juga nak berlakon
apa-apa watak yang setara F
hanya sebagai pengalaman peribad I
disamping pelakon-pelakon yang handa L
dalam filem, drama atau telemovi E
untuk menzahirkan minat yang lama terpenda M

5 comments:

otak3suku said...

molek la tu cikgu...muka cikgu ade iras2 Shah Rezza....utk watak..cikgu amik watak Dato...leh la naik Merc..hehehe

Maizura Mohd Ederis said...

SALAM, SY PENULIS SKRIP DRAMA YG DIMAKSUDKAN. JIKA ADA APA-APA PERTANYAAN TENTANG SKRIP, HUBUNGI SY DI NO 012-314 2227/03-4108 7237
E-MEL : comm_21@yahoo.com

Maizura Mohd Ederis said...

Oh..lupa nak cakap, skrip saya tajuknya Seputih Salju.

Anonymous said...

adess...
tak sangka...
tahniah la..
pasni tak kena dushh dahla..

mad redo1 said...

uish, tak sempatlah mad redo1 nak mohon jadi pak pacak... hehehe...