EXCO Belia dan Sukan Negeri Terengganu
Assalamualaikum / Good Day.....
Siapa yang tidak gembira jika anakandanya berjaya dalam pelajaran. Aku tak terkecuali. Acik, yang masih di Tingkatan 2, menerima anugerah kerana pencapaiannya yang cemerlang dalam Bahasa Inggeris. Tahniah Acik!
Dalam mata pelajaran lain, perbezaan markah yang tipis menyebabkan dia terkeluar dari senarai penerima anugerah. Walau bagaimanapun, kami tetap bersyukur kerana ada peningkatan yang ketara menjelang PMR tahun 2009.
Harapan kami sefamili agar Acik akan terus maju jaya menandingi Abang dan Qaqaq yang mencapai 9A dan 8A dalam PMR mereka.
Qaqaq turut menerima anugerahnya tahun lepas. Lihat sini.
Menyusul nanti ialah Adeq yang akan mengambil UPSR tahun depan.
Hari Kecemerlangan Akademik dan Kokurikulum serta Mesyuarat Agung PIBG kali ke 6 SMK Kompleks Gong Badak ini juga turut melibatkan aku sebagai AJK PIBG.
Tekun mendengar soalan ahli PIBG
Pelbagai isu berkaitan kecemerlangan pelajar dibincangkan. Ahli mesyuarat begitu komited dalam memastikan peningkatan dan kemajuan akademik serta kokurikulum pelajar.Moga prestasi pendidikan terus diangkasakan dalam memartabatkan modal insan.Beib ingin terus menyumbang dalam...
pendidikan sebagaimana yang dihara P
membantu meningkatkan prestas I
akademik, kokurikulum dan ada B
menjadikan pelajar Cemerlang, Gemilang dan Terbilan G
membantu meningkatkan prestas I
akademik, kokurikulum dan ada B
menjadikan pelajar Cemerlang, Gemilang dan Terbilan G
No comments:
Post a Comment