Saturday, March 22, 2008

Moderator

Sambut Ulangtahun HL di tempat kursus
Assalamualaikum / Good Day.....
Program mempertingkat dan memperkasakan Pendidikan Seni Visual sering dijalankan oleh pihak KPM terutamanya melalui PPK, LPM dan JPN.
Bagi kami di Terengganu, program serupa ini juga dijalankan saban tahun melalui Sektor Pengurusan Akademik.
Bertempat di sebuah hotel di persisiran Laut China Selatan, warga pendidik Seni dari pelusuk negeri berkumpul selama 4 hari ( 20 - 23 Mac 2008) menggembleng idea menyiapkan contoh portfolio.
Sesi taklimat dan perbincangan mengenai tugasan yang ditetapkan oleh LPM dan MPM dikendalikan oleh Pentaksir-pentaksir yang berkelayakan.
Bagaimana tugasan itu harus ditafsir dan dihasilkan merupakan perkara utama yang dibahaskan. Tiada sesi pentaksiran yang melibatkan pemberian atau pendedahan markah/skor diadakan kerana ia melanggar etika LPM dan MPM.
Manakala, sesi perbengkelan diadakan bagi mendapatkan satu contoh hasilan portfolio yang terbaik serta mendedahkan kerangka proses kerja bagi membantu pendidik dalam mengendalikan Kajian Rekaan Seni Visual (SPM) dan Penghasilan Seni Visual (STPM).
Program yang dijalankan ini berjaya mencapai matlamat walaupun tanpa kehadiran Penyelia Seni dan Muzik JPNT, Wan Razali bin Wan Nawang yang terpaksa berehat kerana masalah kesihatan.
Sebagai moderator dan pengacara majlis, aku yakin program yang dianjurkan ini amat bermanafaat kepada semua pendidik Seni Visual di Terengganu.
Matlamat utama kami ialah untuk menjadikan Terengganu Sifar Gagal dalam subjek Seni di peringkat SPM dan STPM. Ini boleh dicapai dengan kerjasama semua pendidik dan pelajar.
Misi ini semakin hampir kerana sejak beberapa tahun kebelakangan ini pencapaian telah meningkat hingga melebihi 95% bagi kedua-dua peringkat.
Moga target kami tercapai menjelang tahun 2010.
Tahniah kepada semua yang terlibat terutamanya JU PSV yang komited yang terdiri dari Tn. Hj. Muhd Suib bin Senin, Tn. Hj. Mohd Zukifli bin Ariffin, En. Ridzuan bin Ghazali, En. Ahmad Puad bin Abdul Aziz, En. Ahmad bin Abd. Ghawi, En. Naim bin Lasiman, En. Amra bin Ismail, Pn. Rohana bt. Hussein dan Cik Salbiah bt. Yahya.
Selaku Setiausaha GPSV dan JU, aku mempunyai keyakinan 'mission will be accomplished'.

Moderator sesi perbengkelan

Mengendalikan sesi presentation

Moderator sesi taklimat oleh Pentaksir STPM, Zolphin

Peserta dalam kumpulan bengkel

Beib perlu lebih proaktif sebagai ...

pendidik Seni yang mempunyai dimensi yang lebih lua S
dengan meningkatkan prestasi diri melalui ilm U

1 comment:

Anonymous said...

BEiB.. sya pelajar stpm dan mengambil
pend. seni visual stpm..
mengenai soalan kerja kursus, saya masih tidak faham bagaiman untuk melaksanakannya.. harap BEiB blh terangkn khas utk sya huhu.. thx