Friday, March 28, 2008

DAULAT TUANKU

Assalamualaikum / Good Day.....
Bulan Mac dianggap bulan yang panas kerana pada tanggal 20 Mac berlaku apa yang disebut sebagai Equinox.
Sebagaimana panasnya cuaca, begitu jugalah panasnya suhu politik di tempat aku.
Kerajaan negeri yang baru menerima mandat dari rakyat kecoh dengan kemelut kepemimpinan.
Pelbagai situasi yang tidak menyenangkan berlaku.
Peteh memeteh, cantas mencantas, boikot, demonstrasi serta perang kain rentang berlaku dalam tempoh 18 hari ini.
Paling mendukacitakan ialah terjerumusnya pihak istana dalam polemik dan kemelut politik akibat dari perebutan kuasa memerintah negeri.
Belum pernah terjadi sebegini di mana-mana negeri di Malaysia selama ini.
Aku amat berharap agar ianya dapat diselesaikan dengan baik demi kewibawaan badan siasah dan pihak istana.

Sedang Tuanku Sultan negeri asalku, KEDAH DARUL AMAN menyambut Jubli Emas pemerintahan 50 tahun baginda, lain pula yang berlaku di negeri TERENGGANU DARUL IMAN yang aku huni selama 29 tahun ini.
Demi memartabat dan menjunjung kesultanan Melayu, aku turut menyahut seruan (Majlis Permuafakatan Rakyat Terengganu) MAMPAT dengan memasang ribon kuning di tiga buah kenderaanku.
Inilah satu tanda sokonganku terhadap institusi kesultanan yang telah mula dicemari oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
DAULAT TUANKU!

No comments: