Saturday, March 29, 2008

SUKA RELA SUKMA

Assalamualaikum / Good Day.....
"Being there" atau " I was here" adalah antara dua frasa yang membuktikan kita telah pernah berada di satu tempat atau situasi.
Seperti orang lain, aku juga tak mau melepaskan peluang untuk sama-sama menjayakan satu acara peringkat nasional yang akan berlangsung di kampungku, Gong Badak.
Mungkin inilah satu cara untuk melibatkan diri dalam satu temasya gilang-gemilang yang julung-julung kali diadakan di negeri ini.
Bila saja aku menerima undangan dari sahabat lamaku yang memerlukan beberapa orang sukarelawan, aku terus panjangkan kepada kenalan-kenalanku.
Dalam 25 orang teman yang aku text, hanya mad redo1 yang memberi respon semerta. Yang lain dengan pelbagai alasan dan kekangan.
Maka, hari ini kami bersua lagi di Hotel Grand Con. KT.
Sehari suntuk kami menghadiri sesi taklimat dan penerangan mengenai SUKMA dan tugas-tugas khas kami.
Moga kehadiran kami akan memeriahkan SUKMA kali ini.
Bagaimana rupanya mad redo1, bila tengok gimnas-gimnas nanti, terutamanya yang wanita?
Tengok komen mad redo1 kat sini. hehehe...
Oh ya....kami dilantik sebagai Liason Officer untuk kontigen gimnastik.
Harap-harap kami bergembira menjadi SUKARELAWAN SUKMA.
Beib nak juga bagi sumbangan kepada.......
atlet-atlet gimna S
semoga mereka terus maj U
dan memberi impa K
serta kesan yang mendala M
Majulah Sukan Untuk Negar A

Friday, March 28, 2008

DAULAT TUANKU

Assalamualaikum / Good Day.....
Bulan Mac dianggap bulan yang panas kerana pada tanggal 20 Mac berlaku apa yang disebut sebagai Equinox.
Sebagaimana panasnya cuaca, begitu jugalah panasnya suhu politik di tempat aku.
Kerajaan negeri yang baru menerima mandat dari rakyat kecoh dengan kemelut kepemimpinan.
Pelbagai situasi yang tidak menyenangkan berlaku.
Peteh memeteh, cantas mencantas, boikot, demonstrasi serta perang kain rentang berlaku dalam tempoh 18 hari ini.
Paling mendukacitakan ialah terjerumusnya pihak istana dalam polemik dan kemelut politik akibat dari perebutan kuasa memerintah negeri.
Belum pernah terjadi sebegini di mana-mana negeri di Malaysia selama ini.
Aku amat berharap agar ianya dapat diselesaikan dengan baik demi kewibawaan badan siasah dan pihak istana.

Sedang Tuanku Sultan negeri asalku, KEDAH DARUL AMAN menyambut Jubli Emas pemerintahan 50 tahun baginda, lain pula yang berlaku di negeri TERENGGANU DARUL IMAN yang aku huni selama 29 tahun ini.
Demi memartabat dan menjunjung kesultanan Melayu, aku turut menyahut seruan (Majlis Permuafakatan Rakyat Terengganu) MAMPAT dengan memasang ribon kuning di tiga buah kenderaanku.
Inilah satu tanda sokonganku terhadap institusi kesultanan yang telah mula dicemari oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
DAULAT TUANKU!

Saturday, March 22, 2008

Moderator

Sambut Ulangtahun HL di tempat kursus
Assalamualaikum / Good Day.....
Program mempertingkat dan memperkasakan Pendidikan Seni Visual sering dijalankan oleh pihak KPM terutamanya melalui PPK, LPM dan JPN.
Bagi kami di Terengganu, program serupa ini juga dijalankan saban tahun melalui Sektor Pengurusan Akademik.
Bertempat di sebuah hotel di persisiran Laut China Selatan, warga pendidik Seni dari pelusuk negeri berkumpul selama 4 hari ( 20 - 23 Mac 2008) menggembleng idea menyiapkan contoh portfolio.
Sesi taklimat dan perbincangan mengenai tugasan yang ditetapkan oleh LPM dan MPM dikendalikan oleh Pentaksir-pentaksir yang berkelayakan.
Bagaimana tugasan itu harus ditafsir dan dihasilkan merupakan perkara utama yang dibahaskan. Tiada sesi pentaksiran yang melibatkan pemberian atau pendedahan markah/skor diadakan kerana ia melanggar etika LPM dan MPM.
Manakala, sesi perbengkelan diadakan bagi mendapatkan satu contoh hasilan portfolio yang terbaik serta mendedahkan kerangka proses kerja bagi membantu pendidik dalam mengendalikan Kajian Rekaan Seni Visual (SPM) dan Penghasilan Seni Visual (STPM).
Program yang dijalankan ini berjaya mencapai matlamat walaupun tanpa kehadiran Penyelia Seni dan Muzik JPNT, Wan Razali bin Wan Nawang yang terpaksa berehat kerana masalah kesihatan.
Sebagai moderator dan pengacara majlis, aku yakin program yang dianjurkan ini amat bermanafaat kepada semua pendidik Seni Visual di Terengganu.
Matlamat utama kami ialah untuk menjadikan Terengganu Sifar Gagal dalam subjek Seni di peringkat SPM dan STPM. Ini boleh dicapai dengan kerjasama semua pendidik dan pelajar.
Misi ini semakin hampir kerana sejak beberapa tahun kebelakangan ini pencapaian telah meningkat hingga melebihi 95% bagi kedua-dua peringkat.
Moga target kami tercapai menjelang tahun 2010.
Tahniah kepada semua yang terlibat terutamanya JU PSV yang komited yang terdiri dari Tn. Hj. Muhd Suib bin Senin, Tn. Hj. Mohd Zukifli bin Ariffin, En. Ridzuan bin Ghazali, En. Ahmad Puad bin Abdul Aziz, En. Ahmad bin Abd. Ghawi, En. Naim bin Lasiman, En. Amra bin Ismail, Pn. Rohana bt. Hussein dan Cik Salbiah bt. Yahya.
Selaku Setiausaha GPSV dan JU, aku mempunyai keyakinan 'mission will be accomplished'.

Moderator sesi perbengkelan

Mengendalikan sesi presentation

Moderator sesi taklimat oleh Pentaksir STPM, Zolphin

Peserta dalam kumpulan bengkel

Beib perlu lebih proaktif sebagai ...

pendidik Seni yang mempunyai dimensi yang lebih lua S
dengan meningkatkan prestasi diri melalui ilm U

Friday, March 21, 2008

Dah tua dah....

Memotong kek hadiah dari pelajar kursus HBET 2203
Assalamualaikum / Good Day.....
Aku berpegang pada kata-kata " Age is mind over matter, if you don't mind, it doesn't matter, but if you remind me, it really matters".
Angka yang menunjukkan umur merupakan petanda tahap wisdom kita terhadap apa telah dan akan kita lalui.
Pengalaman mematangkan kita.
Laluan ke usia begini amat mencabar dan getir.
Kepada sesiapa yang mungkin akan melalui zaman ini, percayalah, satu kepuasan yang tak terucap.
Terima kasih di atas ucapan Selamat Hari Lahir dan Happy Birthday dari teman dan kenalan semua.
Moga doa anda diperkenankan. Aku doakan semoga anda juga memperolehi apa yang didoakan.
Acara potong kuih coklat istimewa yang dibuat oleh Kak Wan
Menerima cenderamata dari Kak Wan
Adeq mewakili Abang, Qaqaq dan Acik menyampaikan hadiah baju dan tali leher
Kek istimewa hadiah dari siswa OUM

Menjamu selera bersama siswa

HBET 2203 Teaching of Grammar in an ESL Context

Thank you:

Azura, Badar, Dahlia, Engku Norharizan, Faizal, Hairani, Mageswary, Nor Aida, Noraini, Norazlin, Normah, Roshamiza, Rosnini, Salazlina, Siti Khatijah, Suriyati, Tuan Sanisah, Wan Salmizan, Wan Zubaidah.

Beib berharap dipanjangkan...

doa agar ALLAH memberikan rest U
hidup sejahtera, murah rezeki dan tentera M
hingga ke anak cuc U
berfikiran matang, beriman serta sihat dan segar R

Wednesday, March 12, 2008

Kursus lagi...kurus laaa...

Assalamualaikum / Good Day.....
Aku baru saja balik dari PD dan sempat menjalankan tanggungjawab menentukan pemerintahan negeri dan negara pada 8 Mac lalu.
Dalam keghairahan menghadam keputusan PRU12, aku menerima panggilan telefon dari pejabat yang memaklumkan bahawa aku mesti menghadiri satu kursus selama seminggu di sebuah hotel di KB.
Menjenguk di pejabat keesokan harinya, aku dapati surat panggilan kursus adalah dari Bahagian Pembangunan dan Penilaian Kompetensi, KPM.
Hmmm...peluang baik ni.
Kursus yang akan menentukan kenaikan pangkat.
Walaupun aku bukanlah seorang yang gila pangkat macam sesetengah orang, peluang yang diberi, InsyaALLAH, akan aku gunakan sebaiknya. Pernah aku dengar dari kawan-kawan ada golongan yang terlalu gilakan pangkat. Mereka akan berusaha dengan apa jua cara untuk mendapatkannya tanpa mengira halal dan haram atau betul dan salah. Pendekatan mereka ialah, The end justifies the means atau matlamat menghalalkan cara.
Bagi aku, Nau'zubillahimin zaalik..
Doakan aku berjaya mengharungi kursus ini.
Beib berharap agar berjaya dengan cemerlang dalam kursus...
dan bertambah ilmu serta menjadi lebih ceka P
bijak berkomunikasi, berperibadi baik dan prestasi pun meningka T
disamping sikap dan budaya kerja cemerlang dapat dipupu K

Sunday, March 9, 2008

RAYA LAGI....

Posing depan 'polling station'
Assalamualaikum / Good Day.....
Sebagaimana orang lain yang telah cukup umur dan berdaftar dengan SPR, 8 Mac 2008 merupakan tarikh keramat bagi kita, rakyat Malaysia.
Inilah masanya aku menggunakan hak aku sebagai rakyat Malaysia yang bertanggungjawab bagi menentu dan mempastikan pemimpin serta parti pilihan memerintah negeri dan negara.
Kestabilan politik tanahair sebenarnya bermula dari kita. Kita yang mengundi dan memilih calon yang kemudiannya diangkat sebagai wakil kita di DUN dan Parlimen.
Kita yang memangkah kertas undi!
Moga pilihan yang aku buat turut memakmurkan semua.
Tak kuasa aku nak tulis atau komen banyak-banyak. Segalanya tentang politik Malaysia terkini telah dan sedang dikupas, diulas, dibahaskan dalam pelbagai blog yang tumbuh bak cendawan.
Terbaik yang aku ingin ingatkan pada diriku dan teman, baca dengan waras.
Konflik dan konfrantasi bermula dari fikiran yang emosional dan bersentimen.
Awas!
Sama-samalah kita pastikan agama, bangsa dan negara terjamin kemakmurannya.
Selepas menyemak saluran dan nombor siri

KakWan kata undinya rahsia
Perang poster, bendera, kain rentang dan banner di sepanjang jalan ke tempat mengundi

Antara poster menarik di persimpangan jalan.

Beib akur dengan ...

apa-apa keputusan pilihan rakyat agar pemerintahan manta P
kita tak mau negara kucar kaci R
moga negara sejahtera sehingga ke anak cuc U