Cuti panjang sempena Tahun Baru Cina telah membuka lembaran baru bagi WanKay Homestay (WKH).
Kami telah menerima lima gadis ayu dari Kuantan, Pahang yang bertandang dan menginap di WKH dari 7 - 9 Februari.
Kedatangan mereka pada petang Khamis 7 Februari, memberi seribu makna pada WKH terutama untuk menjadi benchmark kepada perkhidmatan dan layanan kami.
Percutian mereka dipenuhi dengan pelbagai aktiviti lawatan dan membeli belah.
Menikmati welcome drink dan keropok lekor di LamaNyaman
Mendaftarkan nama dan komen di dalam buku catatan
Bagi kami ini adalah satu permulaan yang baik dan menarik. Tempahan dari pelbagai lokasi telah mula diterima. Setakat ini ada beberapa tempahan dari pengunjung dari Austria, Singapura, Belanda dan Eropah untuk bulan Jun, July dan Ogos.
Moga kehadiran tetamu-tetamu ini akan menceriakan kami sefamili. Tetamu-tetamu ini akan kami manfaatkan sebagai duta pelancongan yang akan mempromosikan Terengganu dan Malaysia sebagai destinasi yang ungul.
Bila lagi anda nak datang ke sini sempena Tahun Melawat Terengganu?
Beib mempelawa bloggers ke...
WKH untuk beriadah, melawat, membeli-belah sambil makan keropo K
boleh juga cari batik, tembaga, barangan kraf serta songke T
4 comments:
nanti kita gi la terengganu, dulu dah gi dah, syok, nanti kami pakat ramai-ramai tido kat homestay pulok
Cabai Burung
idham...
heheh...selamat datang sekali lagi...
tido kat hotel biasa aaa.. tido kat homestay laa pulak..
yuhuuuuu!!!tahniahhh!!!
SEMOGA LEBIH BERKEMBANG WKH!!
eerr..org yg menaip komen ni..entahkan bila nak sampai k sna;)
kapal tak siap2 lagi:p
tahniah BEiB!
nanti mad redo1 join sama buat homestay... hehehe...
Post a Comment