Assalamualaikum / Good Day.....
Entah kenapa hati ini terasa sayu, sedih dan pilu. Segala yang ada di dalam jiwa meronta. Kepedihan dan kesakitan emosi mendesak dada.
Dicelah riang ada duka.Pengubat rasa tiada di depan mata.
Yang ada hanya La Tahzan - " Jangan Bersedih" - Don't Be Sad -
Sesekali bila aku belek dan baca, ketenangan menyelinap ke dalam jiwa. Terlerai rasa yang terbuku di hati.
Tanpa berhujah berbahas berapi-rapi, aku tangani kesedihan dan amarah yang sering berlaku dengan menelaah buku ini.
Bila emosi dan kata-kata menjadi api,
Panggilan bukan lagi terapi,
Segala ayat menyakitan hati,
Yang terbaik ialah berdiam diri....
Lalu aku capai dan hayati kulit buku ini yang berbunyi...
Semangat dan azam untuk hidup hari ini
tanpa kesedihan,
tanpa keresahan,
tanpa kemarahan,
tanpa kedengkian
dan
tanpa kebencian.
Kelegaan menusuk perlahan di jiwa, minda dan hati...
Alhamdulillah...
Hanya Allah Yang Maha Mengetahui.
Beib tidak mahu lagi diselubungi...
... rasa sakit kerana sika P
ego dan keras hat I
dalam apa jua isu dan ha L
kerana itu semua sangat menggangg U
*kesabaranku masih tekal kerana sifat sayangku...
ego dan keras hat I
dalam apa jua isu dan ha L
kerana itu semua sangat menggangg U
4 comments:
salam
Beib.. Memang kesedihan itu akan dilalui oleh sesiapa jua. Tak salah kita bersedih cuma jangan biarkan kesedihan itu berterusan. Kita harus bangkit dan cuba tangani kesedihan. Kalau perlu dan terpaksa kita membuat keputusan yang sukar.. terpaksa kita lakukan. Demi kebaikan diri, dia dan kita..
Salam...
Cg Rashid...
terima kasih. Kesedihan dan kepedihan adalah lumrah manusia. Datang dan pergi selagi nyawa dikandung badan. Ketabahan perlu dan kata-kata Cg Rashid adalah pengukuh kesabaran saya. Rela dan redha. Hanya Allah yg Maha Mengetahui.
HAYMM..
cbm...
kupulangkan hati dan jiwa padaNya
Post a Comment