hidup baru di suasana baru
Dah beberapa hari Acik meneruskan persekolahannya di SMTT. Dia nampak gembira di sana. Aku pula terpaksa keluar awal untuk menghantarnya setiap pagi dan petangnya, jam 3, bergegas menjemputnya balik.
Rutin aku mula berubah. Masa makin rigid.
Acik sudah beberapa kali menyatakan hasrat untuk merasa pengalaman tinggal di asrama. Aku tidak menghalang tetapi mamanya agak skeptikal. Bagi aku pengalaman ini perlu supaya dia dapat belajar menguruskan diri dan masa dengan lebih baik.
Bila surat tawaran ke asrama diterima dan sedikit pep talk, kami bersetuju untuk melepaskan Acik ke asrama.
Adeq agak terkilan kerana dia akan kehilangan kakak, teman dan soulmate nya yang setia selama ini. Sejak beberapa hari Adeq sering meluahkan rasa bosannya kalau dia terpaksa bersendirian di rumah. Selama ini mereka sangat rapat dan sering melakukan aktiviti bersama. Aku faham situasinya.
Dalam masa yang sama Adeq masih menanti peluang untuk bersekolah di Sekolah Berasrama Penuh (SBP). Cita-cita itu ditanam sebelum mengambil peperiksaan UPSR lagi. Mungkin rezekinya belum tiba. Tapi, kalau dia juga terpaksa pergi untuk tinggal di asrama nanti, aku pula yang tiada orang untuk disakat.
Tersedar kini bahawa bila anak-anak sudah mula dewasa mereka akan pergi seorang demi seorang, keluar meninggalkan rumah samada melanjutkan pelajaran atau berkerjaya. Abang dan Qaqaq sudah melangkah keluar. Kini Acik. Esok lusa Adeq pula. Hakikat yang harus diterima.
Walau apa pun, temanku yang setia di waktu ini ialah laptop. Mengikut ke mana sahaja aku pergi sama ada ke tempat kerja, bermesyuarat, berkursus atau bersantai di kopitiam. Peneman dan penghibur hati.

kalau dah anak perempuan...
Pagi tadi, setelah selesai menguruskan pendaftarannya ke asrama, segala keperluan peribadinya disiapkan. Aku tidak sangat merasa bimbang kerana jika ada apa sahaja yang diperlukan waima kecemasan, jarak antara sekolah dan rumah hanya 2 km sahaja. Dekat dan accessible.
Kemasukannya Acik ke asrama pada sebelah petang berjalan lancar. Ditempatkan di dorm Gamma 2 di tingkat satu. Segalanya selesai dalam masa 45 minit setelah
membuat pembayaran yuran asrama sebanyak setengah ribu RM dibuat.
membuat pembayaran yuran asrama sebanyak setengah ribu RM dibuat.
bangunan blok Gamma
Bila melihat bangunan asrama ini, aku teringat di awal tahun 9o an di mana aku pernah menjadi hakim pertandingan kebersihan asrama peringkat daerah KT. Bersama beberapa orang rakan kami memeriksa dan menilai tahap kebersihan, keselamatan, keselesaan serta aspek-aspek lain yang berkaitan.
Gamma 2...kediaman rasmi untuk tahun ini
Meninjau blok bangunan dan mengintai dorm Acik, semuanya seolah-olah seperti sebelum millenium 2000. Masih katil bunk bed atau dikenali sebagai double decker sebagaimana terdapat di barrack tentera serta almari kayu yang agak lusuh tanpa kunci. Hampir 2 dekad, prasarananya masih jumud. Keselesaan terbatas. Aku cuba membayangkan susunletak bilik dan kelengkapannya yang lebih kondusif dan selesa. Maksima 4 orang sebilik, tidak seperti sekarang masih 14 hingga 20 orang sebilik. Mungkin juga matlamat kenapa dibuat begini ialah untuk membentuk dan menguatkan esprit de corps di antara penghuni asrama. Mungkin juga kerana faktor kos dan penyelenggaraan. Apa pun, kena terima dengan positif.
Ramai bekas pelajar dan teman yang pernah tinggal di asrama. Malah ada juga teman yang menginap di asrama ini, kini telah berjaya dalam hidup dan kembali bernostalgia bersama rakan-rakan asrama melalui Facebook, blog serta lain-lain social networking maya. Jalinan persahabatan yang kembali hidup dan berterusan. Malah ada juga yang bertemu jodoh kerana asrama. That is another story!
Sewaktu belajar dahulu, aku juga berpengalaman menginap di dorm yang memuatkan 12 orang dan di bilik, berdua. Semuanya membuatkan aku bertambah matang dari segi pergaulan dan bersosialisasi. Ini sebenarnya memanusiakan kita.
Buat Acik, walaupun privacy agak terbatas di asrama, namun belajarlah berkomunikasi dengan berhemah. Bergaul dengan baik, berinteraksi dengan berkesan, hidupkan semangat kerjasama, toleransi dan persaingan yang sihat. Moga pengurusan masa Acik tambah berkesan dan bermakna. Get the best out of it.
Penghubung jalinan dengan famili...
Ini semua akan mematangkan Acik dalam tempoh 2 tahun berada di asrama SMTT.
All the best my sweetie.
Beib teringat zaman menginap di...
... dorm dan asram A
yang menjadikan aku cerdas dan cerga S
bersama teman-teman bersaing belaja R
melakukan aktiviti di asrama bersam A
siang dan mala M
hingga kami semua berjaya dalam hidup dan berkerjay A
4 comments:
Tinggal berapa orang yang berada di rumah sekarang?
Cg Azlan...
Tinggal 3 dari 6..
pasni mungkin tinggal 2 saja..
Hmm...nak buat camana..
masa dah tiba..
kena redha dan rela..
masa berbulan madu kembali lagi..
perhatian n fokus takkan tercuri lagi..
moga bhgia dengan apa yang dimiliki..
azza...
hidup seharian bagai biasa...
fokus dan perhatian tetapa sama..
bahagia selesa pada yang berkenaan dan yang mengetahui saja.
Moga ALLAH bersama anda sentiasa.
Post a Comment