Secara metafora, mata manusia sering dianggap "jendela jiwa".
Mata, salah satu pancaindera anugerah Allah yang tiada ternilai. Ia adalah organ penglihatan yang mengesan cahaya. Secara mudahnya, yang dilakukan mata tak lain hanyalah mengetahui apakah lingkungan sekitarnya terang atau gelap.
Pancaindera ini juga ialah salah satu saluran untuk menzahirkan rasa dan emosi. Ia boleh mengeluarkan (menitiskan) air mata, atau apa yang kita sebut sebagai menangis, sama ada kerana terlalu gembira atau bersedih.
Bagi aku, sebagai seorang insan, kita tidak mungkin hanya melalui satu episod sahaja dalam hidup. Tidak sedih dan menangis sepanjang masa.
Tawa dan tangis, gembira dan sengsara, nikmat dan ujian semuanya adalah lumrah kehidupan. Anugerah Allah. Kita mesti redha.Segalanya akan datang dan pergi silih berganti, tiada yang kekal abadi di dunia ini.
Sebagai seorang Muslim, kita patut menjadi insan sederhana dan tidak berlebih-lebihan. Ini termasuk mengungkapkan perasaan dan emosi yang bergelora dalam jiwa. Jadilah orang yang berjiwa zuhud. Tidak terlalu gembira bila mendapat nikmat dan tidak pula terlalu bersedih jika didatangi musibah. Semuanya adalah ketentuan Allah.
Tapi kadangkala, kita tidak mampu mengatasinya. Kita kan manusia? Aku sendiri sedar, aku serba kekurangan serta alpa.Walau cuba sedaya upaya, ada kalanya tewas oleh kelemahan diri. Kata orang "Easier said than done".
Menangis atau menitiskan airmata adalah suatu ungkapan perasaan dan emosi yang normal pada diri manusia. Biasanya manusia menangis atas sebab-sebab tertentu. Kemungkinan berasa sedih dan berduka kerana seseorang yang dikasihi sudah kembali kepadaNya atau kerana rindu yang teramat kepada yang disayangi.
Kita akan juga menangis apabila menahan sakit, sama ada sakit kerana dilukai perasaan ataupun sakit pada zahir tubuh badan. Tentu sahaja ada yang akan menangis kerana kehilangan harta benda, disiksa dan dizalimi, diusir atau dihina peribadinya dan dimalukan.
Ada 10 jenis tangisan pelbagai maksud dan tujuan menurut al-Imam Ibnul Qayyim al-Jauziyyah. Tangisan kasih sayang, ketakutan, gembira, gundah gulana, cinta dan rindu, kesedihan, tidak berdaya, kemunafikan, orang upahan dan tangisan ikut-ikutan.
Keistimewaan tangisan yang dianugerahkan Allah SWT kepada kita ialah tangisan yang tidak bersifat melemahkan semangat. Ia boleh menghidupkan jiwa yang sudah kosong dan mati. Ia tidak menimbulkan rasa putus asa atau kesakitan. Lelehan air mata ini membangkitkan rasa optimis, cekal dan penuh keazaman untuk kembali bangkit dari kekecewaan atau kegagalan. Sesuatu yang amat positif.
Tangisan sebegitu dizahirkan sebagai satu janji untuk hidup lebih bererti dengan keinsafan yang dalam. Ia berupaya mencelikkan pandangan mata hati dan menyedarkan kita tentang erti kehidupan.
"..perhaps our eyes need to be washed
by our tears once in a while,
so that we can see LIFE
with a clearer view again.."
Aku sebagai seorang manusia yang lemah sering juga menangis sendirian mengenangkan kesilapan yang dilakukan. Ada kalanya melewati harapan dan ekspektasi insan tertentu.
Not the mark of weakness, but of power.
Tears speak more eloquently than a million words.
Tears are messengers of overwhelming grief...and unspeakable love and LIFE...
Bagaimana dengan anda?
Beib tidak malu untuk menitiskan air...
suka atau duk A
sama ada musibah atau nikma T
kerana ia dari Allah ju A
6 comments:
salam..yea menangis memang perlu..so we dont need eyemore...and also bole release kesedihan..apapun moga hidup kita terus ceria
..life is the art of drawing without an eraser..
salam
'Tangisan mendatangkan kelembutan hati'.
Tangisan satu anugerah dariNya. Terlalu bernilai.. ia tetap akan hadir pada diri seseorang walarpun sekuat dan segagah manapun ia..
arsaili...
Menangis sifat semulajadi manusia.Tak perlu 'eyemore', ia membersih mata dari racun dan merupakan satu terapi yang baik.
azza...
If we draw without an eraser and make mistakes, we need to colour it thru painting...
Colourful outside but murky underneath...
Salam...
Rashid...
Menangis merupakan satu sifat semula jadi yang membezakan manusia dengan makhluk lain yang Allah kurniakan secara fitrah kepada manusia.Ia adalah satu emosi kejiwaan manusia. Benar, ia melembutkan hati manusia yang segagah mana pun..
Post a Comment