Assalamualaikum / Good Day.....
(Entry yang sepatutnya terbit pada 1 Disember 2009. Terbengkalai dalam bentuk draf)
Aku sepatutnya berada di luar negara minggu ini atas urusan peribadi namun kekangan dan musaqah kadang-kadang tidak terduga. Perancangan dan penjadualan kita adakalanya tergendala atau terganggu. Itu kuasa Allah. Tak siapa mampu merubahnya.
Rancangan untuk berwisata telah lama dibuat. Ini adalah impianku sejak awal tahun lagi. Cuti sekolah akhir tahun adalah masa yang difikirkan sesuai. Panjang dan agak santai. Namun begitu, tuhan lebih mengetahui dan merencanakan yang lain untuk aku. Tuhan sentiasa memberikan yang terbaik dalam apa situasi pun.
Aku balik ke Anak Bukit sempena HRAA dan membawa pulang Mak. Sesuatu di luar jangkaanku namun ianya berbaloi dan merupakan satu rahmat.
Aku tidak menyesal tidak dapat berwisata ke luar negara. Mak lebih utama.
Aku pernah dipesan oleh seorang teman mengenai Mak. Dia sering mengingatkan aku betapa Mak perlu diziarah sekerap mungkin sementara Mak masih ada. Aku dikuliahkan mengenai sikapku yang dianggapnya tidak memperdulikan kewujudan Mak. Mengutamakan orang lain dan bukan Mak sendiri.
Terima kasih.
Ingatan dan pesanan teman akan tetap kekal di minda kerana itu adalah benar dan patut.
Ada ketikanya aku tidak berkesempatan untuk menjenguk Mak. Aku tidak berniat atau bertujuan mengenepikan Mak. Mak merupakan prioriti. Namun, kekangan masa dan logistik menghalang aku dari balik menemui Mak.
Sebagai ketua keluarga hal-hal yang berkaitan dengan famili juga perlu diurus dan selesaikan. Inilah yang sentiasa menjadi salah tanggap teman mengenai tanggung jawabku terhadap Mak.
Sesungguhnya teman, Mak tetap di minda dan jiwaku, biar dalam situasi apa pun.Kini Mak berada di kediamanku dan kulayan selayaknya.
Walau pun tidak berkesempatan untuk melangsaikan hajat ke luar negara, aku tetap puas menatap, melayan dan meraikan Mak. Itu yang terbaik Tuhan berikan kepadaku.
Percutian bersama Mak.
"The trip can wait, Mak can't".
For you out there who is on a trip in the near future, enjoy yourself and take care...Its hard to swallow but that's life.
Reality bites!
Beib tidak berupaya untuk pergi ber...
...cuti dan Mak ditingga L
Mak adalah priorit I
Mak juga adalah tanggung jawa B
Itulah nyawa, itulah rat U
Ibu kandung yang tak bisa diganti atau dituka R
Mak adalah priorit I
Mak juga adalah tanggung jawa B
Itulah nyawa, itulah rat U
Ibu kandung yang tak bisa diganti atau dituka R
*Land of the free for free...how lucky...
4 comments:
alhamdulillah..hargai nya selagi hayat dikandung badan..syurga ditelapak kaki ibu..
Yaa..ingat noo..
Tok dirai
Mak dihargai
Kita datang melalui mereka..
Take care of them.
You wont regret.
Kalau jarang balik tgk mak ngan abah bukan bermakna kita tak ingatkan depa..cuma batasan masa dan jarak menjadi persoalan utama... yg penting telefon slalu tanya habag....
Betoi..betoi..
Kena tanya habaq...depa dengaq sogha pun dah ghasa lega...kita pun ghasa slesa...
Maaakkk....apa habaq? Sehat kot nooo..?
Post a Comment