Tuesday, July 21, 2009

Dapat anak..... lagi..

Besar nanti jadi seorang solehah ok!?

Assalamualaikum / Good Day.....

Assalamualaikum,
Syukur kehadrat Allah SWT dan berkat doa sanak saudara serta rakan-rakan, cahaya mata kami yang ke 2,
a girl telah selamat dilahirkan pada
hari Selasa 21 Julai 2009

bersamaan
28 Rejab 1430 H pada pukul 3.20 petang tadi.
Ibu dan bayi berada di dalam keadaan sihat walafiat.

Terima kasih dari kami sekeluarga di atas doa dari semua ahli keluarga, saudara mara dan rakan sahabat sekelian.
Sekian. Wassalam.

Itulah sms dari adik aku, Sony, yang menimang cahayamatanya yang kedua hari ini. Sms ini aku terima semasa aku masih lagi bermesyuarat di Melaka.
Tahniah!
InsyaAllah, dalam perjalanan balik ke KT nanti aku akan singgah meziarahi anak penakan (anak saudara) yang baru ini.
Nak dia tengok dan kenal bapa saudaranya yang seorang ini.
Namanya belum pasti lagi. Tentu sahaja sudah disepakati oleh kedua ibu bapanya. Yang penting ia memberi makna baik seperti nama Papanya yang bermaksud Kekasih ALLAH dan nama bapa saudaranya Kekasih Agama.

mama dan papa menilik baby girl yang baru melihat dunia

menangis dalam dukungan papanya

Buat kenalan yang belum dikurniakan cahaya mata, bersabar dan bertawakkallah. Pasti akan tiba rezeki dan habuan dari Allah suatu hari nanti. Doaku agar penantian itu berakhir dengan keceriaan dan kepuasan.

Mananalah tau Allah bagi rezeki seorang baby BOY..
apatah lagi menyerupai Pakciknya....hehehe..

Impian dan harapan tetap abadi.
Mungkin lewat tetapi bukan mustahil.
Ketentuan dan hakikat berlaku seiring.
Kita terimalah dengan hati terbuka...

Beib turut teruja bila mendapat....
...khabar gembir A
ibu selamat bersali N
anak sihat sejahter A
dan kali ini, bapa menjadi sibu K

4 comments:

azza_irah said...

sgt comei Izz Dayana Habibullah..
secomei pak sdara nya..?...ehekkk..

BEiB said...

azza...
hehe..pak sdranya kan comei..?
ramai orang gila....




kat Tanjung Rambutan...heheh.

azza_irah said...

mmg ramai org gila...........juga kat wad sakit jiwa..


moga dia sebijak pak sdara nya..juga cekal dan tekal..

BEiB said...

Terima kasih...
Pak sedaranya tidak sebijak mana pun.. ttpi bertuah mendapat kekuatan dari seseorang di luar sana. Syukur, Alhamdulillah.