Wednesday, February 27, 2008

Di mana aku?

Assalamualaikum / Good Day.....(updated)
Kenapa aku bertanya soalan begitu?
Aku tiba di PD semalam untuk satu mesyuarat KPM dari 26 Feb-6 Mac.
Selama sepuluh nanti aku akan menginap di Le Paris Hotel and Resort bersebelahan dengan Costa Rica Apartments di Port Dickson.Perasan tak nama-nama tu? Rasa macam bukan di Malaysia.
Entah lah....aku pun hairan macamana nama-nama asing begitu masih diterima pakai di Malaysia.
Sepuluh hari agak lama juga untuk bermesyuarat. Namun, aku rasa seronok kerana dapat berjumpa dengan kenalan baru dari pelbagai tempat.
Lihat saja tajuk mesyuarat di backdrop tu. Mungkin membuatkan ramai teman yang hairan.
Walaubagaimanapun, aku tak dapat nak menerangkan lebih lanjut apa tugas aku di sini.
Yang pasti ia adalah khidmatku kepada agama, bangsa dan negara.

Bersama enam orang panel penilai
Dari kiri: Pn Tomaninah Kamari, Pn Norhairani Hussein, En. Mohd Zahar,
Dr. Rosni Samah, aku, En. Jaya Asmara dan En. Anwar Musyaddad.
Bersama Ustaz Hamdan Muda menyiapkan tugasan
Dah masuk musim PRU12 sempat juga ke Rembau melihat persiapan di sana.
Beib di...

minta membantu menilai dan memanta P
agar dapat dimanfaatkan oleh semua muri D

Saturday, February 23, 2008

ENGGAN GANGGU ENGGANG



Menggunakan scope memerhatikan burung

Assalamualaikum / Good Day.....
Sabar.
Itulah kata kunci bagi mereka yang ingin menceburi bidang Birdwatching atau birding. Istilah Melayu mungkin, memerhati burung.
Aku pasti ramai di antara kita yang tidak pernah melakukan aktiviti ini. Aku pun bukanlah mahir atau pakar dalam bidang ini. Secara kebetulan selepas solat Jumaat semalam aku terlihat Anuar di saf belakangku. Setelah bertegur sapa kerana lama tak bertemu, aku dipelawa Anuar untuk mengikutnya pergi birdwatching.
Anuar Abdullah McAfee, yang berasal dari Toronto, Canada ialah seorang pensyarah Bahasa Inggeris di salah sebuah IPTS di KT. Sudah 18 tahun menetap di KT. Minatnya terhadap birding membawanya menemui pelbagai spesies burung di sekitar Terengganu.
Antara penemuannya yang hebat ialah sarang Great Hornbill. Lihat sini.
Untuk mengetahui lebih lanjut penglibatannya dalam Malaysian Nature Society klik sini dan sini
Teruja sungguh bila diajak menjalankan aktiviti yang sungguh asing bagiku.
Kami berjanji akan berjumpa di depan 711 Gong Badak jam 7.15 pagi Sabtu.
Dalam SMSnya pagi itu, dia menasihatkanku memakai pakaian yang simple kerana kami tidak akan masuk ke dalam hutan tetapi cuma berada di pinggirnya sahaja.
Selepas sarapan ringkas jam 7.00 pg, aku terus berkereta ke tempat yang dijanjikan yang terletak cuma 1km sahaja dari rumah.
Jam 7.10, Anuar tiba. Dia mengesyorkan guna keretanya sahaja kerana segala alat kelengkapan birding ada di dalamnya.
Kami singgah di rumah ku untuk meninggalkan Kelisa ku dan meneruskan perjalanan dengan Wiranya ke Kampung Lingai, di daerah Batu Rakit.
Perjalanan selama 20 minit hanya mendengar kisah anak-anaknya yang dimanjakan.
Sesampai di tempat yang dituju, kereta ditinggalkan ditepi jalan dan kami mengeluarkan alatan birding yang disimpan dalam boot kereta.
Aku ditunjukkan cara menggunakan teropong (binoculars) dengan betul dan berkesan. Begitu juga dengan cara menggunakan scope.
Selesai dengan sesi taklimat ringkas oleh Anuar, kami berjalan menuju ke tepi hutan sekunder untuk memulakan aktiviti birding.
Selama 3 jam aku dibuai keasyikan memerhatikan pelbagai spesies burung seperti:
Peregrine Falcon, Egret, Barbet, Woodpecker, Flycatcher, Bulbul, Greater Racquet-Tailed Drongo Babbler dan yang paling hebat ialah Great Hornbill.
Terima kasih kepada Anuar yang memberi peluang ini.
Aku akan hargai unggas dan burung dengan sepenuh hati selepas ini.
Inilah beberapa keping foto yang menceritakan pengalaman aku birding.

Look at that!

Menerangkan bagaimana menggunakan scope

Crested serpent eagle

The Great Hornbill jantan memberi makan pada pasangannya

Satu satunya sarang Great Hornbill yang dapat dikesan oleh Anuar

Sepasang crested serpent eagles di atas pokok durian

Diberi penghargaan membawa tripod dan scope

Setelah 3 jam memerhatikan pelbagai spesies burung

Bersama Dr. Wahab, mantan EXCO Pertanian dan Anuar menikmati roti canai dan teh tarik

Beib amat berharap kita akan menyayangi....

hutan dan tidak ditebang tanpa seba B

kerana ianya penting untuk kau dan ak U

biarkan hutan segar dan buga R

semua haiwan juga perl U

bergantung hidup pada huta N

saling berkait dan sama bergantun G

Tuesday, February 12, 2008

RAKAN GONG XI

Kak Wan (dua dari kanan) dengan tetamu WKH
Assalamualaikum / Good Day.....
Cuti panjang sempena Tahun Baru Cina telah membuka lembaran baru bagi WanKay Homestay (WKH).
Kami telah menerima lima gadis ayu dari Kuantan, Pahang yang bertandang dan menginap di WKH dari 7 - 9 Februari.
Kedatangan mereka pada petang Khamis 7 Februari, memberi seribu makna pada WKH terutama untuk menjadi benchmark kepada perkhidmatan dan layanan kami.
Percutian mereka dipenuhi dengan pelbagai aktiviti lawatan dan membeli belah.
Paling utama ialah melawat Taman Tamadun Islam (TTI) yang baru dirasmikan di Pulau Wan Man. Aku sendiri yang tinggal berdekatan dengan TTI belum menjejakan kaki lagi. Mungkin di waktu terluang nanti kot?
Mereka telah meminta cadangan dan nasihat mengenai tempat, lokasi dan aktiviti yang patut dilakukan.
Nampak gayanya mereka gembira dan berpuas hati kerana diberikan panduan ke tempat yang ingin dilawati selain dari tip-tip yang membantu semasa membeli-belah terutamanya kain batik.

Menikmati welcome drink dan keropok lekor di LamaNyaman

Mendaftarkan nama dan komen di dalam buku catatan

Bagi kami ini adalah satu permulaan yang baik dan menarik. Tempahan dari pelbagai lokasi telah mula diterima. Setakat ini ada beberapa tempahan dari pengunjung dari Austria, Singapura, Belanda dan Eropah untuk bulan Jun, July dan Ogos.

Moga kehadiran tetamu-tetamu ini akan menceriakan kami sefamili. Tetamu-tetamu ini akan kami manfaatkan sebagai duta pelancongan yang akan mempromosikan Terengganu dan Malaysia sebagai destinasi yang ungul.

Bila lagi anda nak datang ke sini sempena Tahun Melawat Terengganu?

Beib mempelawa bloggers ke...

WKH untuk beriadah, melawat, membeli-belah sambil makan keropo K
boleh juga cari batik, tembaga, barangan kraf serta songke T

Sunday, February 10, 2008

RAHSIA

Assalamualaikum / Good Day.....
Sesekali makan-makan kat luar seronok juga.
Sempena meyambut ketibaan kenderaan baru yang menggantikan Jet, kami sefamili ke bandaraya KT untuk menjamu selera.
Sambil itu nak ronda-ronda juga tengok lampu hiasan di sekitar bandaraya sempena perasmian pembukaan Masjid Kristal yang kononnya gah itu.
Dalam perjalanan, anak-anakku asyik bertanya nak ke mana. Aku cuma sebut, rahsia.
Sehingga sampai ke depan premis, barulah mereka tahu bahawa tempat yang dimaksudkan ialah salah sebuah rangkaian restoran yang tersohor di negara ini.
Mad redo1 dah menjamu selera dah disini. Kami baru nak cuba...

Tempatnya menarik dan suasananya santai.
Tidak berapa ramai pengunjung di waktu itu. Kami pun rasa selesa dan tenang.
Aku tertarik dengan dekor dan ambience premis itu.
Hampir 15 minit juga membelek menu yang disediakan. Akhirnya inilah yang kami nikmati.

Kak Wan dengan air suamnya


Mengaminkan doa makan oleh Adeq

Acik punya selera

Adeq nak cuba spaghetti
Kongsi aiskrim
Kali ini Abang dan Qaqaq tidak dapat bersama sebab jauh di tempat pengajian. Mungkin lain kali aku bawa ke tempat Rahsia ini.
Beib tak suka membazir...
bila menjamu selera samada makan atau minu M
makan pun tidak boleh ikut nafsu saj A
kena kawal, bimbang gemu K
nanti, berbagai penyakit yang meland A
semuanya akibat dari benda yang dimaka N
Jadi, kena waspad A
sentiasalah bersederhana, jangan ikut nafsu dan perasaa N

Sunday, February 3, 2008

Tanah Tinggi dah rendah

Assalamualaikum / Good Day.....
Cameron Highlands yang aku kunjungi selama 3 hari bermula 31 Januari hingga 2 Februari telah membuka mataku tentang satu lagi erti nilai kehidupan.
Sepanjang perjalanan dari KT ke Gua Musang dan terus melalui Lojing hingga ke Tanah Rata mendedahkan aku kepada nilai-nilai hidup yang kian tercabar.
Pemandangan melalui tingkap hotel
Banyak kawasan telah ditebang tarah untuk dijadikan kawasan pertanian. Terkilan juga bila melihat banyak tempat yang mengalami tanah runtuh dan hakisan.
Ada juga kawasan yang kotor terbiar dipenuhi dengan sampah sarap dan sisa-sisa bahan binaan.
Mungkin pihak yang berwajib lebih arif tentang kesan atau impak pada alam bila hutan dan lereng bukit di tebang tarah sebegini.
Beberapa kawasan seolah-olah digondolkan tanpa perancangan yang teliti.
Sukar untuk dimengertikan.
Buat anda yang belum pernah melintasi daerah ini, cubalah jenguk-jenguk untuk melihat kerakusan manusia mencapai matlamat memunggah imbuhan kewangan tanpa memikirkan kesan jangka panjang pada alam sejadi.
Maaf, kerana foto terhad akibat masalah teknikal.
Perbalahan antara parti-parti siasah, JAS, BPR dan agensi berkaitan tidak bermakna kalau tindakan yang sewajarnya tidak diambil kerana penerima akibatnya secara langsung ialah kita semua.
Sistem ekologi, saliran, cuaca, iklim, habitat, alam sekitar dan landskap terganggu dan menjadi huru-hara. Kesannya akan melangkaui zaman kita. Bencana mungkin berlarutan.
Oleh itu, satu pendekatan yang bijak patut dicari agar ianya tidak terus parah..
Beib berharap semua akan terus mencintai....
dan menghargai khazanah alam yang berharg A
tahu menilai haram hala L
tidak dimusnahkan alam semest A
yang akan mengganggu cuaca dan ikli M