Thursday, August 30, 2007

SENI SANA SINI

Ahli panel pembina item uji bakat/penemuduga Seni Visual
Ashaari Hamdan(SSKuching),Zalina Bakhtiar(SSJB), Norasiah Ahmad(Sel), Muton Kais(Srwk),Habib (Trg) dan Haslinda(Sabah)

Assalamualaikum / Good Day.....
Dah seminggu aku tak masukkan cerita dan berita. Kejab tadi aku baru terbang balik dari KL setelah beberapa hari menghadiri mesyuarat di JB dan Melaka.
Seronok juga menghadiri Mesyuarat yang ada kaitan dengan Sekolah Seni Malaysia yang baru beroperasi awal tahun 2007 ini.
Untuk pengetahuan semua, Sekolah Seni Malaysia kini beroperasi di dua lokasi iaitu di Johor Bharu dan Kuching. Kemasukkan pelajar bermula dari Tingkatan Satu dan proses pengambilannya melalui sesi temuduga dan uji bakat.
Objektif utama mesyuarat anjuran Jabatan Pendidikan Jasmani dan Sukan (JPJS), KPM ialah untuk:
1. Menilai semula item uji bakat pelajar
2. Membina item uji bakat yang lebih relevan dan efektif
3. Menyelaras / moderasi kaedah menjalankan uji bakat
4. Menjalankan uji bakat secara profesional.

Membentangkan item komponen uji bakat Seni Visual

Oleh itu, jika ada anak, adik, cucu atau saudara yang akan menduduki UPSR tahun ini atau tahun hadapan serta berminat memasuki Sekolah Seni Malaysia (SS)yang menawarkan mata pelajaran Pendidikan Kesenian yang merangkumi empat bidang iaitu
SENI VISUAL
SENI MUZIK
SENI TARI
SENI TEATER
bolehlah memohon melalui Jabatan Pelajaran Negeri masing-masing.

Moderasi item uji bakat / testing item

Aku nak 'promote' juga SS ni sebab mungkin ada yang berminat tapi tak tau nak tuju ke mana.
Jika ingin tahu lebih lanjut mengenai SS, sila layari blog ini.
* Nice meeting you Mr Raymond Gai Panting, Pengarah BPS, JPJS,KPM
Beib teruja dengan ...
halus dan mulu S
indah dan uniqu E
melewati agama,bangsa, zaman dan sempada N
membangkit rasa terkesan di sanubar I

Thursday, August 23, 2007

Kopi Yahudi?

Adakah tisu yang kebetulan aku ambil sebagai cenderamata
digunakan untuk mengelap darah insan seagamaku?
Assalamualaikum / Good Day.....
Aku terima artikel ini melalui e mel dengan sebaris kata-kata...
"Kalau pergi jugak, tak tau la apa nak kata..."

cuba baca di sini

Artikel yang menyatakan semua tentang dana sebanyak beratus juta US$ dari US$6.4billion yang disalurkan untuk membantu Israeil dan Yahudi di US. Setiap cawan kopi yang diminum di Starbucks adalah bagi membantu US dan Israel. Masih nak ke sana lagi? Tepuk dada tanya selera
Adakah aku terkena lagi..?

Beib teringat...

dulu suka juga kopi sebab ikut Pa K

kemudian teh tarik tapi kini mil O

kalaulah benar seperti apa yang si laknat tu caka P

eloklah kita Muslimin, jangan hampir I

Wednesday, August 22, 2007

Kenapa?...tak percaya aaa...?

Bersama Mohan Raj dan Tan Boon Taik di EPRD, KPM
Muhibbah sempena 50 tahun Kemerdekaan
Assalamualaikum / Good Day.....
Kesibukan menyebabkan aku tak sempat nak masukkan 'entry' setiap hari. Ada juga member blogger dah mula bertanya kenapa lama tak up-date. Sejak entry terakhir aku cuba mencari masa untuk up-date tapi tak sempat. Minggu lepas terlibat dengan pelbagai aktiviti di siang hari sehingga keletihan di malamnya.
Hari rabu, 15 Ogos menjadi MC untuk majlis Temu Murni dan Ikrar Pelajar SPM. Berjumpa dan bertanya khabar dengan ibubapa/penjaga pelajar.
Khamis hingga ahad, 16 - 19 Ogos menghadiri Mesyuarat Cakna Cemerlang Pendidikan Seni Visual (PSV) di Gem Beach Resort, KT. Lapan orang ahli PSV negeri Terengganu berjumpa dan berbincang mengenai bagaimana nak meningkatkan pencapaian pelajar dalam mata pelajaran PSV sambil menyiapkan soalan Percubaan SPM dan STPM.

Hj. Zolphin dan Hj. Shuib tekun menyiapkan tugasan
Dalam pada itu, pada malam sabtu 17 Ogos, aku terpaksa bergegas ke Dungun menghadiri majlis perkahwinan anak saudara sebelah isteriku. Jadi pengapit lagi! SELAMAT PENGANTIN BARU KAK ENI dan LAN! Bersama ibu bapa pengantin lelaki dan pasangan pengantin. Disebelah kanan sekali, mem aku
Malam ahad, kembali ke KT meraikan kepulangan anak-anak, Abang dan Qaqaq dari KL yang bercuti dengan jamuan satay.
Pagi ahad, bersama Qaqaq, Acik, Adeq dan Khalis bergegas kembali ke tempat mesyuarat meneruskan pembentangan kertas STPM dan merangka Acara Hari Keluarga PSV yang dijangka diadakan pada 26-27 Oktober 2007.

Adeq, Acik dan Khalis, anak saudara berendam sementara aku bermesyuarat

Selaku SU GPSV, aku terpaksa memerah otak memikirkan aturcara majlis tersebut bersama rakan-rakan. Satu JK Induk akan ditubuhkan untuk membincangkan aktiviti yang sesuai nanti.

Petangnya, setelah check-out dari tempat penginapan, satu lagi majlis diadakan di rumahku iaitu Kenduri Makan Durian. Anak-anak saudara yang balik meraikan majlis perkahwinan sepupu mereka aku raikan dengan durian, rambutan dan manggis. Seronok juga ramai-ramai 'mengoyak' durian.
Kenduri durian bersama anak-anak saudara
Paling meriah apabila anak sepupuku sefamili dari Kedah yang menetap di Johor turut singgah memeriah majlis. Mereka sedang dalam perjalanan Cuti-Cuti Malaysia sempena cuti sekolah.
Cikgu Lan dan cikgu Aja sefamili singgah makan durian
Letih juga melayan anak dan cucu-cucu saudara. Heheheh...terasa muda terlajak aku ni...
Malamnya, aku mempunyai agenda aku sendiri bersama dua orang rakanku. Kami ke EPRD, KPM, Putrajaya. Perjalanan berkereta akan berlepas pada jam 9.30 malam dan dijangka sampai jam 3 pagi. Tujuan utama ialah membuat rujukan untuk kajian kami.
Untuk pengetahuan semua, ke mana saja kami singgah sepanjang perjalanan, pandangan dan renungan hairan menuju kearah kami. Walaupun dah 50 tahun merdeka, masih ada yang rasa pelik dan hairan dengan penampilan kami.
Sepanjang perjalanan, berbagai perkara dibincangkan, pelbagai lagu kami dengari melalui siaran radio dan CD. Melayu, Tamil, Cina serta Inggeris...
Aku berbangga kerana kami boleh memanifestasikan semangat dan slogan muhibbah yang sebenarnya!
Terima kasih kepada rakanku yang memandu kereta, Mohan Raj dan Tan Boon Taik yang turut menjadi penumpang bersamaku...
I'm proud to be Malaysian.
Beib berkawan dengan semua.....
asalkan sentiasa iklas dan juju R
tanpa mengira agama dan bangs A
dengan rasa lapang dada, hidup tanpa stre S

Tuesday, August 14, 2007

Susahnya jatuh hukum

Sebagai Chief Judge pertandingan pidato
Assalamualaikum / Good Day.....
Hari yang agak sibuk dengan pelbagai aktiviti yang memerlukan tenaga dan ketangkasan bekerja.
Aku kena cepat bergerak dan pantas melaksanakan aktiviti supaya masa tak terbuang dan perlaksanaan mengikut perancangan.
Pagi, bawa pelajar ke Kilang Batik NOZI menerusi Lawatan Sambil Belajar (LASBELA). 79 orang pelajar diangkut dengan empat buah coaster ke kilang yang terletak lebih kurang 10 km dari tempat kami. Banyak yang dipelajari dari Abang Lan, Penyelia Kilang yang bertungkus lumus menerang dan membuat demonstrasi kepada kami. Pengalaman hands-on yang kami dapati dari jam 9.00 pagi sehingga 4.00 petang amat bernilai.
Terima kasih kepada Tn Hj. Shafie, Pemilik Nozi Batik, Bt 12 Jalan Kelantan, Kuala Terengganu yang sudi menerima kunjungan kami.
Jam 2.30ptg, aku terpaksa bergegas ke satu lokasi lain kerana menerima undangan sebagai Chief Judge untuk Pre University English Language Oratory Competition yang dianjurkan oleh Jabatan Pelajaran Negeri dan Badan Pencegah Rasuah. Pertandingan ini adalah sempena THE PREVENTION OF CORRUPTION YEAR 2007.
Sepuluh peserta mengambil bahagian dan antara tajuk yang disyarahkan ialah:
1. Good values as a shield against the acts of corruption
2. Combating corruption is a collective responsibility
3. The core of respectable society is integrity
4. Good as a catalyst towards creating an excellent society
5. Integrity is the foundation towards excellence
Menarik juga melihat bakat-bakat muda yang akan bersemangat menyampaikan pidato dengan pelbagai gaya. Ada gaya debat, public speaking, ala story telling dsb. Oratory atau Pidato sebenarnya berbeza dengan apa yang disebutkan tadi. Gaya dan persembahan ada sedikit kelainan. Suara, intonasi, diksi, gesture, sebutan ialah antara aspek penting yang diambil kira.
Mungkin kalau nak memulakan pidato boleh lah menyertai Toastmaster dulu.
Letih juga nak menghakimi pertandingan seperti ini. Namun, pengalaman sebegini amat berguna dan bermakna. Bukan senang nak menjatuhkan hukum...
Beib kata...
ramai yang boleh bercaka P
tetapi ada juga yang tidak beris I
pidato pun ada ha D
cakap mesti ada fakt A
tak boleh sembarang keluarkan pendapa T
isu sensitif is a NO N O!

Wednesday, August 8, 2007

You and I, sambil santai kat pantai kita bantai petai ..?

Assalamualaikum / Good Day.....
I received an e mail this morning from a friend of mine regarding with our favourite 'ulam' which is in season right now...Thanks for the e mail PokNik, my friend. Thought of sharing with all of you out there the benefits of Petai but then Noushy found out that it was a prank....
Anyway for all of you out there PETAI or Parkia speciosa (petai, twisted cluster bean, yongchaak or stink bean), is a plant of the genus Parkia in the family Fabaceae. It bears long, flat edible beans with bright green seeds the size and shape of plump almonds which have a rather peculiar smell, characterised by some as being similar to that added to methane gas.
Smell aside, the virtue and quality of the fruit is more important and significant...
To all out there, my apologies for the misleading article earlier. It was very unethical for those who circulated the unfounded, misleading info about Petai...
Beib still ponders about the benefits of PETAI but somehow still loves to consume...
this uncultivated cro P
that gives best food valu E
and provides energy boos T
considered as one of the most despised fruit in Malaysi A
is actually good for you and I

Saturday, August 4, 2007

Seni, Seniman dan Pentaksiran Seni

Assalamualaikum / Good Day.....
"Seni sebenarnya merupakan sesuatu yang secara naluri wujud dan hidup disekeliling kita, sama ada kita sedar atau tidak. Perkataan "seni" amat selalu dihubungkan dengan perkataan "halus","indah","murni", "menarik","cantik", "luar biasa","abstrak","melampaui jangkauan fikir", "ajaib" dan "ghaib". Semua itu berhubung secara intim dengan kewujudannya sendiri yang berkaitan dengan kebendaan, pemikiran dan kerohanian.Maka justeru itu, seni selalunya merupakan manifestasi daripada pengalaman, keintelektualan,kebijakasanaan dan kerohanian manusia...Dari hasil seni, akan timbul kesa. Adapun kesan ini tidak sama antara seoarng audien dengan audien yang lain, bergantung pula dengan tingkat pengalaman keintelektualan, kebijaksanaan, kerohanian, minat dan penglibatan seseorang. Justeru, tidak sama apresiasi dari seorang peminat dengan seorang seniman, malah tidak akan sama apresiasi dari seorang seniman dengan seniman yang lain tentang seni. (diolah daripada Gerbang Seni Suhaimi Haji Muhammad)

Dah hampir seminggu aku tak masukkan entry baru. Bukan malas, cuma agak sibuk dengan urusan seharian yang bertubi-tubi datang. Penatnya membawa ke malam.
Kali ini cuma nak ceritakan sedikit pasal Forum Pentaksiran Pendidikan Kesenian Kebangsaan - Hala Tuju Mewujudkan Seniman yang Berilmu dan Ilmuan yang Peka Seni yang aku hadiri pada 29 -31 Julai di sebuah hotel di Johor Bharu. Forum ini adalah anjuran Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM), KPM yang diterajui oleh Datu Dr Adi Badiozaman Tuah. What a great gentleman he is! Bersama Pak Jamil Sulong, Pengarah Filem
dan Datu Dr Adi Badiozaman Tuah, Pengarah LPM
Menarik juga forum yang dihadiri oleh pendidik seni, pengamal, penggiat dan aktivis seni tanahair dalam pelbagai bidang masing-masing. Berbagai perkara dibincangkan terutamanya mengenai satu kaedah dan sistem pentaksiran yang sesuai untuk dijalankan bagi mata pelajaran Pendidikan Kesenian yang diajar di dua buah sekolah seni yang telah beroperasi pada 14 Januari 2007 dan "dilahirkan" ada 21 Jun 2007 di Johor Bharu dan Kuching.
Kedua-dua buah sekolah ini adalah dibawah Jabatan Pendidikan Jasmani, Sukan dan Seni, KPM dan Pn. Rawiyah Mustaffa Kamal merupakan Penolong Pengarah (Penyelaras Sekolah Seni Malaysia) bagi sekolah- sekolah tersebut.
Forum bertujuan bagi memastikan pentaksiran yang dijalankan mengambil kira perkembangan insan secara menyeluruh dan seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelektual sejajar dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan objektif Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM).

Bersama Dr Hazim (LPM), Dato' Jaafar Taib (MD Creative Ent.) dan Ujang (Kartunis)

Dengan kewujudan dua sekolah seni dan mata pelajaran Pendidikan Kesenian, LPM bertanggungjawab memastikan pentaksiran yang dijalankan berkualiti dan dapat melahirkan murid yang berwibawa dalam bidang seni. Selain itu integriti, reliability and validity pentaksiran juga diambil kira.
Matlamat utama forum ini ialah untuk menjalinkan hubungan kerjasama yang erat antara pendidik seni dan penggiat seni menerusi pentaksiran dalam bidang yang semakin mendapat tempat di hati anak-anak muda sekarang. Gabungan kepakaran daripada dua kumpulan pencinta seni ini diharap akan dapat memantapkan lagi aktiviti pentaksiran mata pelajaran Pendidikan Kesenian dan seterusnya melonjakkan kecemerlangan murid dalam bidang-bidang Seni Visual, Seni Muzik, Seni Tari dan Seni Teater.

Sebagai seorang pendidik seni aku rasa forum ini amat bermanfaat bagi semua pencinta seni. Satu petanda baik dalam bidang kesenian tanahair kerana seni merupakan satu bidang yang menjadi landasan untuk memelihara warisan dan menyuburkan seni budaya tempatan. Melalui pendidikan seni, kita dapat membentuk jati diri masyarakat Bangsa Malaysia yang mahu maju mengikut acuan sendiri. Aku turut berharap pada suatu hari nanti, akan lahirlah lebih ramai seniman besar dalam bidang-bidang seni lukis, seni tampak, seni arca, seni teater, seni filem, seni sastera, seni kaligrafi, seni khat, seni muzik, seni lagu dan sebagainya.

Pertemuan melalui forum ini, para penggiat dan cendekiawan seni yang diundang dapat bekerjasama dengan pendidik seni merealisasikan harapan negara untuk menghasilkan lebih ramai seniman yang berilmu dan lebih ramai ilmuan yang peka seni bagi menjamin pemeliharaan seni warisan tempatan yang unik lagi halus nilainya, sensitif kepada persekitaran serta menjadi modal insan yang holistik.

Himpunan pendidik dan penggiat seni tanahair

Penyeri Forum, Rosnah Johari, Wafa Abdul Kadir dan Datuk Wah Idris

Nash turut serta


Jalan mesti kedepan HAFSHAM hadir sama

Pak Ngah tak melepaskan peluang untuk terlibat

Bersama Hasnol (LPM), Rawiyah MK(Penyelaras Sekolah Seni),

Dyg Mariana (Aktivis Seni Tari) dan Salehuddin Marwan (LPM)

Pengarah K Publishing SB, Novelis KhadijaH Hashim turut menyumbang



Beib cuba menjadi insan...

yang kreatif dan kriti S

melihat seni dari pelbagai ism E

mencorak ilmuan dan kesenimana N

yang punya jati dir I

Friday, July 27, 2007

What a team..

From left: Your's truly, Azrul, Afni, Maria and Fiza
Assalamualaikum / Good Day.....

I came back from KB yesterday after a four days meeting cum workshop at the Renaissance Hotel (23rd-26th July). Finally, we completed the assignment given to us by the CDC to translate the Visual Arts Education syllabus for the primary and secondary schools in Malaysia.
I learn alot about commitment, cooperation, responsibility, hard work, , discipline, friendship and most important camaraderie. Mission accomplished based on those values. Thanks to all the team members: Maria (CDC), Afni (UiTM), Fiza(SJ), Azrul(SJ) and Radin(KB). Me..? I am just another guy executing his duties as the leader of the team...

busy at work

Beib loves the...


spiri T

of the committe E

executing the agend A

with great enthusias M


*Next destination JB - 29th-31st July....National Arts Assessment Forum...

Monday, July 23, 2007

Eye opener

EST panel members from Pahang, Terengganu and Kelantan
Assalamualaikum / Good Day.....
Last week, after coming back from Kajang/KL I was asked to attend a meeting/workshop on Program Peningkatan Penggunaan Buku Teks KBSM Tahun 2007 -"Making the most of the textbook" at Primula Beach Resort, KT from 17 th - 19th July.
We, Eastern zone EST (English for Science and Technology) teachers, were exposed to textbook materials which could be modified and adapted to suit the students need.
The perfect textbook does not exist.There is a need for adaptation O’Neil,Robert (1982).
For textbook materials to be most effective they should be:
• Integrated
• Communicative
• Adapted
No textbook can expect to appeal to all teachers or learners at a particular level. There is a basic need for choice and variety not only in teaching-style and learning opportunity but also in the style and approach of materials available.
A great deal of improvisation, amendment, supplementation is necessary according to abilities, needs and interest of learners and preferences of teachers or by providing appropriate guidance and support for teachers in how to use the materials in the textbook effectively.
Materials in the textbook can seldom be used without some form of adaptation to make them more suitable for the particular context in which they will be used. This adaptation may take a variety of forms:

  • Modifying materials
  • Adding or deleting materials
  • Reorganizing materials
  • Addressing omissions
  • Modifying tasks
  • Extending tasks

In order to develop the intellectual capacities of our students we need to focus on a framework that will enhance the thinking skill.

As a whole, we have to come up with exciting strategies for Creating the 21st Century Classroom.
It was an eye opener, but right now I'm opening my luggage again, packing and heading for another meeting in Kota Bharu (23rd-26th July)...

Beib believes that....
Educators need to be creativ E
with exciting strategie S
and meaningful knowledge to be taugh T

Tuesday, July 17, 2007

Kajang Pak Malau...

On the way to KL singgah kat Masjid Geliga, Kemaman
Assalamualaikum / Good Day.....

Setelah 4 hari 4 malam kat Kajang/KL, kami sefamili selamat kembali ke kediaman di KT malam semalam jam 10. Letih juga memandu lebih kurang 7 jam dari KL-KT. Terujanya aku bila dapat memandu melalui Lebuhraya Pantai Timur(LPT) - Jabor- Jerangau-KT. Perjalanan yang lancar dan menyeronokkan walaupun meletihkan.
Hari Khamis 12 Jun, kami bertolak jam 3.30ptg dan sampai ke Taman Sutera, Kajang jam 11.30mlm.Kerap berhenti dan sesat melambatkan perjalanan kami. Sepanjang perjalanan masuk melalui Kg Bukit Angkat, Kajang kami temui muka-muka asing yang berkeliaran di kawasan perindustrian itu. Mat Bangla, Indon, Myanmar dan Vietnam.
Apa nak jadi dengan tanahairku....?
Namun yang penting selamat dan sihat semuanya, manusia dan kenderaan.
Jumaat, sehari suntuk aku di EPRD,KPM , Putrajaya mencari bahan rujukan untuk kajian aku.Malamnya ke Satay Kajang Hj Samuri, meraikan kenalan lama dari BPG seisi keluarga. Kebetulan isterinya merupakan bekas pelajarku yang menjadi pensyarah di salah sebuah IPG disini. Anaknya 7 orang mengalahkan sifunya yang cuma ada 4. Banyaklah cerita lama yang dikongsi terutama semasa di SESMA. Mana pergi si anu, dah berapa anak si polan, jadi apa dah budak tu dan lain-lain nostalgia memanjangkan cerita sehingga anak-anak terlentuk mengantuk. Good friends are hard to come by.

Menikmati sate Kajang bersama Aliason

Sabtu, kami pergi ke Sungai Buloh nak tengok pokok dan tumbuhan yang sesuai untuk projek landskap. Sampai jam 11.30 pg selepas sesat dan terbabas dibeberapa lokasi. Yang hairannya bila ditanya pada orang sekitar Sg Buloh dimana tempat orang menjual bunga dan pokok hiasan ramai yang tak tahu. Bila berhenti untuk bertanya kat stesen minyak, muka yang nampak ialah Bangla dan Indon. Aku agak mesti dia orang tak tahu. Habis camnaa?
Mungkin satu cara untuk mempromosi Sg Buloh sebagai lokasi penjualan bunga dan pokok hiasan ialah dengan meletakkan label dan papantanda yang besar dan unik. Mungkin dah ada tapi aku tak nampak kot? Berpeluh juga mencari tempatnya.
Bila kami dapati pokok bunga dan harganya lebih kurang di KT dengan tambahan kos pengangkutannya pula maka pembelian terbantut. Senang dan murah beli di kampung sendiri, tapi pengalaman melihat suasana di sana memberi banyak manfaat. Jurujualnya, Mat Bangla dan Indon lagi!
Balik dari situ aku terus menuju ke Mid Valley Megamall. Seronoknya anak-anakku. Yang paling digemari, masuk kedai buku. MPH merupakan tempat lepak dia orang kalau ada peluang. Kat KT tak der la...cuma bila balik Kedah mesti berhenti kat MPH Sg. Petani. Terbang pula dua keping not kelabu kat situ untuk memuaskan hati Adeq. 5 buah buku cerita oleh Jacqueline Wilson dan Hanna Montana. Oleh kerana ilmu, tak apalah. Aku relakan.
Ahad pagi kami ke TESCO Kajang. Shopping barang-barang dapur. Banyak jugalah yang diborong. Barang menggantikan orang di dalam kenderaan. Oleh kerana anak-anak nak merasa menonton wayang, aku bawa mereka ke Mines Wonderland, Sg Besi. Mamanya tak setuju tapi sebagai seorang Papa yang mahu anaknya merasai (pengalamiah) aku benarkan. Alah cerita Harry Potter, biarlah anak-anak mengalami sendiri surround sound dan Dolby system yang canggih tak seperti kat rumah. Anak-anak melayan movie dari 3.10 - 5.30 ptg, kami bertiga pergi shopping. Aku bawa balik juga sepasang jeans dan checked long sleeve shirt.

Harry Potter fans

Malamnya aku betul betul berehat untuk persiapan pendaftaran Qaqaq esok yang aku jangka akan memakan masa. Perjalanan pulang ke KT selama lebih kurang 7 jam juga perlu diambil kira.......
* pendaftaran qaqaq lain cerita.

Beib wants ...

the kid S
to show respect to Pa and M A
always be good and obedien T
also to Grandm A
each and every single da Y

Wednesday, July 11, 2007

KL.......Kami datang

Bagasi Qaqaq
Assalamualaikum / Good Day.....
Esok, aku akan ke KL sekali lagi bersama famili menghantar Qaqaq yang akan mendaftarkan diri di tempat pengajiannya. Walaupun pendaftarannya ialah pada hari Isnin 16 Julai 2007, pemergian kami lebih awal adalah untuk memudahkan perjalanan disamping mengambil kesempatan bercuti hujung minggu...
Aku akan bermalam di Kajang, rumah anak saudara orang rumahku dan mungkin di Puchong, rumah adikku... Minggu Orientasi Abang di UniKL akan tamat pada hari Jumaat 13 Julai, bolehlah bawa dia membeli keperluan asrama disamping bertemu sepupu, ibu dan bapa saudaranya....macamana gaya anak saudaraku yang seorang ni...AWISYH..setelah sekian lama tak jumpa...agaknya dah becok dan makin keletah...
Awisyh dan 'Pak Anjang - Pak Penakannya'
Qaqaq akan mula melalui pengalaman yang pertama berhijrah ke ibu kota untuk menuntut ilmu. Doaku agar anakku berdua ini akan selamat dan sejahtera menimba ilmu sebanyak mungkin. Sedih juga melepaskan mereka berdua pergi, namun penghidupan mesti diteruskan...dan dua lagi anak-anakku akan menyusul kemudian....
Adeq
Acik
(akan update)

Harapan Beib agar anak-anak sejahtera di..
gedung ilmu, memerah ota K
tamat pengajian menggenggam skro L

Monday, July 9, 2007

Kerana ILMU

Panel Penterjemah
Assalamualaikum / Good Day.....
Dah lebih seminggu tak masukkan entry. Kesibukkan melanda di mana-mana. Lepas balik dari mesyuarat kat KB selama empat hari, aku sibuk dengan urusan memindahkan Qaqaq dari Kolej Matrikulasi Pahang. Kenangan Qaqaq di KMPhg
Qaqaq dah menerima tawaran untuk mengikuti Kursus Perguruan Lepasan SPM(KPLSPM) yang membawa ke Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) di Institut Perguruan Bahasa Melayu Malaysia(IPBBM), KL. Katanya nak jadi pendidik macam Papa dan Mama.
Alhamdulillah... "Teaching is a Noble Profession" anakku!
Menyampaikan ILMU kepada anak bangsa bila bergraduat nanti.
Selesai membawa balik Qaqaq pada hari Isnin lalu, aku terus menghadiri Mesyuarat Terjemahan Sukatan Pelajaran anjuran PPK di Permai Inn, KT selama empat hari.
Satu Majlis ILMU, menterjemah Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Matlamat, Objektif, Organisasi Kurikulum dan Kandungannya ke dalam Bahasa Inggeris bagi menyediakan pendidikan bertaraf dunia kepada generasi Malaysia kini dan akan datang.
Nampaknya dua orang anakku akan menyambungkan pelajaran di KL. Semalam Abang sudah melaporkan diri di UniKL, Jalan Sultan Ismail, KL mengikuti Program Bachelor of Engineering Technology ( Hons ) Industrial Design.
Masa untuk anak-anak meninggalkan ibu bapa dah bermula. Aku sefamili tetap reda kerana mereka akan pergi menuntut ILMU.
Abang dan Mama diUniKL semasa pendaftaran
Semalam aku bersama isteri menghantar Abang ke UniKL untuk pendaftaran. Semua berjalan lancar dan Abang ditempatkan di asrama di Jalan Pantai yang kebetulan bersebelahan tempat pengajian Qaqaq nanti. Minggu depan akan hantar Qaqaq pula. Alhamdulillah, Abang dan Qaqaq akan tetap berdekatan dan they can look after each other.
Bersama Mama, Abang Mie dan Abang di depan asrama UniKL
Doa aku sefamili agar anak-anakku menjadi insan yang berguna kepada semua.
Selamat menuntut ILMU anak-anakku.


Qaqaq, Abang dan Mama
Beib sentiasa berdoa agar.....

menjadi Insan I
menuntut ilmu untuk diama L
jangan lupa kewajipan seorang Isla M
kelak bila graduat ingat ayah ib U

Friday, June 29, 2007

APC

Assalamualaikum / Good Day.....
Setelah berkhidmat dalam bidang pendidikan selama lebih kurang 28 tahun, semalam Khamis, 28 Jun 2007, aku baru dapat merasai penghargaan yang diberikan padaku. Walaupun Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) ini agak lewat bagiku, namun aku tetap bersyukur kehadrat ILLAHI. Pengorbananku selama ini dimakbulkan ALLAH. Keikhlasan bekerja dan komitmen yang aku berikan selama ini hanya dilihat oleh Boss aku yang terbaharu ini, Pn Hjh Jamnah bt Saad. Terima kasih Kak Jam.

APC merupakan penghargaan dan pengiktirafan Kementerian Pelajaran terhadap kewibawaan guru. Kecemerlangan dalam empat kriteria disenaraikan bagai memenuhi pencalonan anugerah iaitu perkhidmatan cemerlang sebagai guru bilik darjah, sumbangan cemerlang kepada profesion perguruan dan pendidikan, penglibatan aktif dalam kegiatan luar bilik darjah dan khidmat masyarakat dan kecemerlangan dalam bidang-bidang lain.

Aku sebenarnya tidak mengarapkan apa-apa balasan atau ganjaran di atas apa yang telah aku lakukan, TERIMA KASIH sahaja pun sudah memadai.Wang ringgit bukanlah segalanya. Mungkin aku bukan jenis orang yang terlalu 'ambitious' dan 'kebendaan' kot? Entah lah.... ada juga manusia yang aku lihat berulang kali naik pentas berselang tahun, menerima APC bukan kerana cemerlangnya berkhidmat tetapi kerana cemerlangnya mengipas dan membodek. Aku tak mau komen tentang tu...yang aku tau, aku ikhlas dan menjalankan tugasku dengan baik. Kesempurnaan pastinya tidak mungkin kerana "Nobody is perfect".

Aku sendiri telah lama berkhidmat dan turut menyumbangkan tenaga serta buah fikiran dalam pelbagai bidang pendidikan terutamanya Bahasa Inggeris (BI) dan Pendidikan Seni Visual(PSV). Membantu PPD, JPN, PPK, BBT, LPM, KPM sebagai Kakitangan Sumber, Jurulatih Utama (JU), SU PSV Negeri, Panel Hakim, Panel Penilai Buku Teks, Panel Penggubal Modul BI &PSV, Panel Penggubal Kurikulum, Panel Pembinaan Item dll. Bukan bermegah diri cuma kekadang kecewa kerana pengorbanan ini dipandang sepi oleh segelintir teman dan pentadbir yang hanya melihat mereka yang berada disekeliling yang sentiasa menghurung dan mengimpit agar dilihat menjalankan tugas walhal sumbangannya tak seberapa.

Aku yang sering dijemput oleh pihak-pihak di atas dianggap keluar tanpa memberi sumbangan kepada 'core bussiness' ku iaitu mendidik. Mereka gagal melihat sumbanganku secara global dan kebangsaan. Sumbangan kepada anak bangsa yang menyeluruh.

Tidakkah sebagai panel menyiapkan modul untuk kegunaan semua pelajar diseluruh negara itu satu khidmat yang mulia? Adakah menjadi Jurulatih Utama tidak berkhidmat untuk profesion itu sendiri?

Kadang-kadang aku menjadi bingung, tapi aku tetap dengan pendirianku bahawa ALLAH jua yang terbaik atau ALHUSNA seperti antaranya, ALJABBAR (MAHA PERKASA), ALMUTTAKABIRU (MAHA MEGAH) , AR RAZZAK (MAHA PEMBERI REZKI), ALHAKKAM (MAHA MENETAPKAN HUKUM)....

Lalu apa lagi yang kita perlu pertikaikan? Segalanya aku serahkan kepada ALLAH..

Buat teman istimewa..

Beib amat bersyukur kerana dapat...

berkhidmat untuk agama, bangsa dan negar A
walaupun tidak mengharapkan penghargaa N
namun ada insan yang tah U

segala komitmen dan apa yang aku sumban G

Oleh itu, De E

bersabarlah, jangan kau gusa R

tiba masa ALLAH akan buk A

pintu rahmat dan juga rezeki melimpah rua H

Saturday, June 23, 2007

Sirih di siling

daun sirih menjalar di siling garaj
Assalamualaikum / Good Day.....
Dah seminggu tak masuk entry, sibuk sesangat. Macam macam aktiviti/program dalam seminggu ni:
Mesyuarat Pengurusan
Perasmian Hari Koperasi Sekolah (19 Jun 2007)
Kem Kecemerlangan (21-23 Jun di Pusat Penerangan KETENGAH, Pengkalan Gawi, Tasik Kenyir) - Terima kasih kepada KETENGAH dan En. Mukhtar bin Che Ali, Pengurus Pelancongan dan Pembangunan Tasik Kenyir.
dan tadi Majlis Persaraan seorang sahabat, Tn. Hj. Razali bin Yusof, di Gem Beach Resort. Semuanya perlu dihadiri dan terlibat secara langsung, semua merupakan pengalaman, semuanya menambahkan ilmu... Aku gemar keterlibatan (positif) dan keilmuan.
Dalam pada sibuk-sibuk tu aku terpandang pokok sirih atau betel , yang aku tanam hampir 4 tahun yang lalu di tepi garaj sebelah rumahku. Uh! dah besar rupanya dan menjalar ke siling garaj pulak tu.
Sirih menjalar di trellis
Unik juga pokok sirih ni seunik kegunaanya.
Aku terbaca sebuah buku yang ditulis oleh dr. Rini Damayanti Moeljanto,dipl.CN Mulyono berjudul Khasiat dan Manfaat Daun Sirih Obat Mujarab dari Masa ke Masa,2005.
Banyak informasi yang ada dalam buku ini berkaitan dengan sirih. Rupanya sirih ini merupakan salah satu tanaman ubat yang telah dimanfaatkan bangsa-bangsa di Asia Tenggara sejak zaman neolitik, 3,000 tahun yang lampau. Selain sebagai ubat, sirih juga digunakan dlam berbagai ritual adat dan keagamaan.

menjalar di planter's box
Sirih (Piper betle) adalah sejenis tumbuhan memanjat yang tergolong dalam famili Piperaceae. Menarik sekali dalam Wikipedia dinyatakan bahawa The Betel plant originated in Malaysia and now grows in India, Indonesia and Sri Lanka. Jarang kita jumpa tanaman yang betul-betul asli dari Malaysia. Tapi dalam buku ini penulisnya menyatakan asal usul tumbuhan ini tidak diketahui dengan pasti. Beliau menyebut bahawa tradisi makan sirih, berdasarkan catatan perjalanan Marco Polo, kemungkinan besar berasal dari kepulauan Indonesia tanpa menafikan India sebagai salah satu puncanya.
Walau apa pun sirih kini bukan lagi satu makanan yang digemari oleh orang Melayu khususnya. Jika dulu makan sirih adalah budaya 'pembuka bicara' kini ianya hanya digunakan dalam perubatan tradisional sahaja selain dijadikan produk komersial berbentuk jamu yang kebanyakkannya dipasarkan oleh syarikat-syarikat dari Indonesia.
Banyak khasiat sirih yang boleh dimanfaatkan dengan campuran bahan-bahan yang tertentu antaranya sebagai ubat asma, asma bronchitis, batuk, batuk darah,batuk lendir, batuk dan sesak nafas, beri-beri, bisul, demam dan sakit kepala, sakit mata, jerawat, keputihan, kudis, luka, menghilangkan bau badan atau bau nafas, sakit gigi, menurunkan kolesterol dll.
Seingat aku, makan sirih mengembalikan aku ke tahun 1970 semasa aku berdepan dengan Tok Mudim dan di tahun 1985 bila tepak sirihku diterima oleh bakal Pak Mentuaku.

Beib teringat...
sirih digunakan dalam majli S
berkhatan, peminangan, perkahwinan dan acara tradis I
kini dibimbangi mengakibatkan kanse R
adakah akibat makan sirih? belum past I
pun begitu, sirih tetap tumbuhan yang ga H

Friday, June 15, 2007

Laman Nyaman - updated

Pandangan dari ruang tamu
Assalamualaikum / Good Day.....

Bila aku balik dari perasmian surau petang semalam(Khamis) rasa gembira dan puas masih membara kerana sebuah lagi RUMAH ALLAH berjaya ditegakkan. Moga dapat diimarahkan disamping menguatkan keimanan kita kepada ILAHI.
Sesampai di rumah, aku teruja bila mendapati 'gateway'(pintu gerbang) laman ku dah mula menampakkan bentuknya. Kerangka struktur bumbung 'gateway' dengan tulang perabung, tulang bumbung, alang pendek, alang panjang, alang muda, kasau jantan, kasau betina,tunjuk langit (naga-naga) dan gulung-gulung dah mula dibina.
Memasang tulang perabung
Minggu depan rasanya atap genting senggora boleh diletakkan dan pintu dua daun dipasang. Peleh/ Pilis dan tebar layar akan mencantikkan bumbung 'gateway'.
Deck mengunjur ke atas air
'Stream' dah diisikan air untuk memastikan tiada kebocoran...Tak sabar rasanya nak menikmati semua elemen landskap ni...
Beib amat percaya semua orang maukan sesuatu yang...

bermakna pada dir I
terkesa N
kenikmatan tanpa ha D
kemewahan paling optim A
namun, ingatlah diakhirnya kita kembali pada ALLA H