Ajak Kadir Mencari Buku Sakti Kasyorga dan novel kanak-kanak karya Pezul@ Napiru: Dendam Naga Biru.Aku cuba meminta kebenaran dari pihak kedai untuk merakamkan foto kedua-dua novel tersebut yang terletak bersebelahan di atas rak tapi pembantu kedai melarang aku dari berbuat demikian. Polisi kedai katanya. Aku amat faham.
Bangga juga rasanya melihat kedua-dua novel yang dikarang oleh dua insan yang aku kenali dalam alam siber ini. Semoga mereka terus berkarya dengan jayanya.
Aku?Berminat, tapi masih kurang mahir lagi dalam penulisan dan pengolahan idea. Time will come.
Dalam pada melihat-lihat susunan buku, aku terpikat pada sebuah buku yang ditulis oleh Jeff Davidson, 60 Quick Tips for Overcoming Procrastination mengenai cara-cara mengatasi sikap suka melewat-lewat, melambat-lambatkan dan berlengah dalam sesuatu urusan.
Aku sendiri kadang-kadang merasai bahawa aku ini seorang yang suka bertangguh. Banyak juga benda yang aku biarkan terbengkalai selama ini.
Moga buku yang berharga RM19.90 ini dapat memberi manfaat serta merubah cara pemikiran dan tindakan dalam kehidupanku. 142 halaman bukanlah halangan untuk menghabiskannya.
Antara petikan kata-kata yang merangsangkan ialah di halaman 31, "Challenges are what make life interesting; overcoming them is what makes life meaningful." - Joshua J. Marine. Manakala di halaman 8, " What we love to do we find time to do"- John Lancaster Spaulding. Menarik kan?
Aku harap aku dapat merubah sikapku kearah yang lebih positif.
Dua buah lagi buku untuk Adeq dan Acik aku belikan. Hannah Montana7: Nightmare on Hannah Street dan Meet the Robinsons - The Junior.
Memang setiap kali aku keluar daerah menghadiri mesyuarat, kursus, bengkel, forum dsb itulah buah tangan aku untuk anak-anak. Selain dari itu, Famous Amos cookies, kegemaran Acik dan Adeq yang akan aku dapatkan di KLIA.
Setelah melabuhkan punggung di restoran nasi ayam, TCRS, pesanan terus dibuat. Sementara menanti hidangan disediakan dan waktu berbuka masuk, kami berbual mengenai kehidupan kampus mereka. Dari cerita mereka berdua, nampaknya tiada masalah besar yang timbul.Mereka gembira menimba ilmu di IPT masing-masing.
Qaqaq dan Abang menanti waktu berbuka sambil bercerita
Aku berdoa moga anak-anakku akan terus maju dalam pelajaran mereka.
Waktu kualiti bersama mereka amat bermakna bagiku. Nasihat, sokongan, dorongan dan panduan aku berikan agar mereka sentiasa menjadi anak-anak yang semua ibubapa harapkan.
Dah masuk waktu berbuka
Abang...Qaqaq.. be good and take care always!
Jam 8.03 malam aku sudah berada dalam ERL KLIA Transit menuju ke tempat penginapan....
Beib cuba menjadi seorang papa yang...
faha M
mahu berkongsi cerit A
memberi dan menerima pendapat dan idea yang berna S
sambil menanamkan akhlak muli A
.jpg)


