Tuesday, May 18, 2010

Penenang: Seni... Lukisan

Aku dan 'Sepi'

Assalamualaikum / Good Day.....
Ada pendapat yang mengatakan bahawa seni itu sangat
berkesan sebagai terapi kesihatan mental dan fizikal.


To ensure good Mental-Health, we all need some means
of creative
self-expression, such as art, drama, music
or a sport or hobby.


Sila rujuk sini dan sini
.

Bagi aku, ada dua peranan positif yang dimainkan oleh
karya seni.

Pertama, seni boleh mengurangkan stress - yang
dikenalpasti
sebagai antara faktor utama yang
mengakibatkan pelbagai jenis penyakit kronik.


Kedua, seni merangsang atau stimulate otak kita.
Ini biasanya tidak berlaku dalam aktiviti "logical"
atau
"analytical".

Seni membolehkan kita menzahirkan
perasaan
kreatif - satu lagi komponen penting dalam kehidupan,
memungkinkan hayat yang lama dan sihat.


Secara peribadinya, catan banyak membantu aku
semasa aku berada
dalam keadaan stress.

Dahulu, catan merupakan evenue untuk
meluahkan rasa dan emosi. Dengan tenang dan
tekun, aku akan menghabiskan masa mewarnakan
landskap dan imejan sekeliling dia atas kanvas atau
kertas. Bila siap, kelegaan menyelinap di minda dan
jiwa. Stress hilang.

Aku mulai sedar bagaimana ia memberi kesan
atau impact dalam kesihatan dan kehidupan seharian.


Tetapi, sejak beberapa tahun kebelakangan ini
internet telah mengambil alih peranan itu dalam hidupku.
Aku mulai melupakan catan secara amali.Fokus hanyalah
talian.

Cat air merupakan salah satu daripada teknik catan
yang mengujakan. Kita tidak perlu memikirkan sangat
kerana kesannya bersahaja, spontan dan unik.
Bak kata orang You just have to go with the flow.

Sepi, cat air, 2003
Rahsia catan cat air menjadikan seni dan teknik ini
melegakan. Ia mempunyai
nilai theraputic kerana ia
meningkatkan kepuasan dan kenikmatan yang kita
dapati melaluinya.

Setiap kali menghasilkan catan, terutamanya cat air,
ianya umpama bertemu dengan suasana, emosi dan
perasaan baru.

Aku perlu kembali ke situasi itu.

Buat teman yang pernah dihadiahkan catan, hargailah,
kerana ianya adalah wakilan diri, cetusan rasa dan
ekspresi hati.

A man paints with his brains and not with his hands.

Michelangelo

(Italian sculptor, painter, architect & poet,

considered the creator of the Renaissance, 1475-1564)


Beib hilangkan rasa resah melalui pelbagai aktiviti...
...yang ada kaitan dengan muzik dan seniluki S
dari pelbagai -isme dan genr E

sebagai landasan mencurahkan perasaa N
bagi melegakan gelodak emos I


* Catan SJK meruntun hati...mendamai jiwa...melankolik nostalgik...

7 comments:

cik matahari.. said...

Tahniah..
Didoakan selamat dalam perjalanan pergi dan balik..
Perjalanan dan percutian yang tak mampu dirasai oleh semua orang..hanya orang2 bertuah dan tertentu shj.
Semoga semua berjalan lancar..dan teratur dengan persediaan yang rapi..
Semoga jua tercipta memory indah dan pencapaian peribadi yang hebat dalam hidup kali...an seperti yang diimpi..
Hadam dan telan semuanya...nekad dan tekal shj yang perlu..
Semoga semakin hari semakin bermakna..
Tkasih..
..serahkan hati pd Allah..HAYMM..

Al-Manar said...

Your last couple of entries truly make me ask myself what prompted these thoughts to be expressed. I am not a professional teacher and I see teachers from what is visible. You have revealed more. It pleases me to see one writing this way, so unlike many others. Keep writing.

BEiB said...

cik matahari...
terima kasih atas ingatan dan ucapan. segala yang dilalui adalah ujian Allah dalam hidup. pastinya akan bermakna jika dambil iktibar...

BEiB said...

AlManar..
Thanks for the comment. I wrote as what I see as i've been in this line for almost 30 years..
Trying to be honest...

ahmad humairi said...

salam,

seni amat menakjubkan!....hatta pada selonggok tahi lembu...garis-garis halus itu sungguh berseni....kita tak mampu menghasilkannya!!!

BEiB said...

cg. ahmad..
terima kasih atas komen yang menarik itu.
Semuanya berseni dan tak ternilai.
Yang mampu kita@manusia buat hanyalah duplicate@copy@ tiru semampunya...

BEiB said...
This comment has been removed by the author.