Friday, January 2, 2009

3 Te...

Align Center
Seperti melihat dalam bola ajaib @ crystal ball(scrying)

Assalamualaikum / Good Day.....

Sempena Tahun Baru 2009, aku ingin mengucapkan selamat tahun baru semoga kita bertambah ceria, bahagia, sejahtera serta diberkati ALLAH sejajar dengan peningkatan usia kita.

Sebagaimana insan lain, aku juga menyimpan hasrat, matlamat serta azam untuk mempertingkatkan diri dalam pelbagai bidang.

Memang benar nobody is perfect, tetapi kita perlu bersikap positif dan mengambil daya usaha untuk meransangkan diri supaya taraf hidup serta diri meningkat sekurang-kurang setingkat dari apa yang kita ada sekarang.

Kita juga mesti menerima realiti dan hakikat bahawa segalanya adalah ketentuan Illahi.
Paling penting bagi kita ialah berusaha dan berikhtiar. Selain dari itu, kita tawakkal.
Dalam keghairahan melangkah ke tahun baru, aku telah menetapkan 3 benda yang ingin aku capai di awal tahun.

Alhamdulillah, untuk permulaan tahun 2 benda telah aku langsaikan.
Ini semua gara-gara keinginan dan kepuasan yang tidak terlaksana selama ini.
Dengan persetujuan isteri, aku namakan impian 3 Te.(bunyi di akhir nama benda yang diidamkan)
Pelik bunyinya tapi amat bermakna.

Te pertama telah pun diusahakan dan dijangka selesai sebelum akhir bulan ini.
Segala urusan yang berkenaan sudah dibuat. Tunggu sahaja.
Bukankah sabar itu separuh dari iman?
Aku tak mahu nyatakan apa bendanya. Silalah buat spekulasi dengan merujuk bukan merajuk di disini. Hehehehe...

Te yang kedua telah pun diterima dan digunapakai sejak 1 Januari 2009.
Riuh rendah, gamat dan sensasi. Yang dipaparkan hanya kotak sahaja. Rujuk sini dan sini.
Te ketiga masih dalam proses kerana beberapa elemen di dalamnya tidak memenuhi citarasa.
InsyaALLAH akan tercapai dalam sehari dua lagi. Kiut, kecil dan comel. Nama modelnya juga bermaksud keinginan, kehendak serta kemahuan yang kuat. Memudahkan banyak perkara yang ada kaitan dengan work and leisure.

Moga rezeki yang datang dari ALLAH berkat usaha kita akan terus menginsafkan kita kepada perlunya bersyukur. Kata orang, lagi banyak dan kerap kita bersyukur maka lagi melimpah ruah rezeki yang datang. InsyaALLAH.
ALHAMDULILLAH....
segala nikmat yang dikurniakan akan digunakan sebaik mungkin.

Terasa teruja, terutamanya setelah item-item tersebut tercapai.

p/s...minta jangan salah anggap..

Beib amat bersyukur kerana memenuhi...
cita-cita untuk memilik I
apa yang selama ini diida M
dan amat berhara P
ia akan tercapa I
dalam sedikit masa dengan usah A
dan keazama N

6 comments:

azza_irah said...

alhamdulillah..
semoga 3 te itu akan melancarkan lagi segala urusan baik berkaitan kerja mahupun peribadi.

mengapa ada note kaki ya..jgn disalah anggap..?
biarlah apa jua pandangan org..
yang pasti kita akan dapat setakat mana yang telah kita usahakan..pandangan org takkan sama..hati org juga boleh berubah2..sesuatu yg baik pastikan termakbul akhirnya...berdoa lah..

p/s-tepat sekali..harus merujuk bukan merajuk...tapi kadangkala merajuk perlu utk buktikan sesuatu..

malay-machista said...

salam hormat bro,
sengaja singgah kerana diperkenalkan blog saudara oleh seorang sahabat..

DrSam said...

salam,

tahniah bro BEiB kerana impian menjadi kenyataan begitu cepat sekali.

tengok impian-impian tu, saya pun teruja sama.

semoga saya tidak mengejar bayang-bayang.

BEiB said...

azza...
terima kasih.
harap harap begitu lah.
usaha tangga kejayaan...berusaha dan bertawakkal.
p/s merajuk adalah naluri manusia yang dianugerahkan. Itu membezakan karekter manusia.Kadangkala, ianya perlu tapi biar berpada.

BEiB said...

malay-machista..
Salam hormat jg buat bro..
moga terus singgah di lain masa..
Terima kasih.

BEiB said...

Dr Sam...
terima kasih..
ada kalanya dimakbulkan dengan cepat dan adakalanya sedikit terlewat.
Yang penting bersyukur dan redho.
Bayang yang dikejar mesti ada 'lembaga' di depannya. Tangkap lembaga itu! hehehe..